Bab 10

Romance Series 5759

Anis masih terbaring di atas katilnya..Hari cuti begini dia terasa amat malas untuk melakukan sebarang kerja...

Telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan ada mesej masuk..Anis membuka mesej tersebut sebaik sahaja melihat nama haris tertera pada skrin.

SELAMAT PAGI SAYANG ..

ucapan selamat pagi dari haris membuatkan anis tersenyum.. Tangannya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal..

ada-ada saja lelaki ini...sapa sayang dia.. anis mengerut dahinya..dia membiarkan mesej itu tidak berbalas..tubuhnya disandarkan pada bucu katil..telefon bimbitnya diletakkan di atas meja kecil..anis mengaup wajahnya..

Deringan telefon bimbitnya mengejutkan anis..Dia segera mengambil telefonnya dan menjawab panggilan itu.

" yaa assalamualaikum. . "..anis memberi salam terlebih dahulu kepada si pemanggil..

" waalaikumsalam sayang . buat apa tu ? "

" sayang-sayang .. sapa sayang awak ? err .."

Tawa haris meletus jua..dari dulu sampai sekarang anis memang tak selesa dengan panggilan sayang..namun haris sengaja ingin menyakat gadis itu..semakin marah , semakin comel !

" sayang ni ... abang tanya tu .. buat apa ? "

" hmmm .. susah kalau nak cakap dengar orang tak faham bahasa ni .. tengah mandi .. "

Haris ketawa kecil..kelakar dengan keletah anis..makin disakat , makin comel ..

" awak ni ... saya letak telefon kang ha..."

" ececece..saya gurau je..amboi tak boleh nak bergurau ye,ugut je kerja."

Anis tersenyum sinis..

" eh , awak .. jom keluar teman saya harini nak ? "

Haris mengajukan soalan kepada anis apabila gadis itu menyepi agak lama...

" keluar pergi mana pula ? "

" beli barang la ..mama saya minta tolong ..jom lah awak .. "

" hmm .. saya ingat malas nak keluar mana-mana hari ni ..nak rehat je ..kan cuti .."

anis cuba mengelak ..haris pula terdiam seketika ..kemudian dia tiba-tiba bersuara..

" saya bawa arisya sekali .. "

" arisya ? bawa sekali ? "

anis bingkas bangun .. mendengarkan nama arisya,dia tiba-tiba bersemangat meskipon baru seminggu lepas mereka bertemu ..haris yang mendengar suara anis yng gembira itu tersenyum..Dia tahu , hanya arisya mampu merapatkan lagi hubungannya dengan gadis ini..


" kalau macamtu .. okay ! saya setuju nak teman awak .. "

tak pa haris..bertiga pon bertiga lah .. ! haris tersengih ..Jawapan setuju dari anis tadi membuatkan haris lega..Talian itu segera dimatikan ..

anis ..anis ..kau buat aku separuh gila nakkan kau. hubungan aku dengan suraya yang begitu lama ,membuatkan aku lupa sekelip mata ..kesakitan yang suraya ukir dalam hati aku hilang tiba-tiba..semua kenangan manis aku dengan suraya dulu hilang bagai ditiup angin kencang...semuanya kerana kau ..

kerana kau adalah yang terindah yang hadir dalam hidup aku anis qaisara.. !

" isya ! .. "

Haris mendekati arisya yang sedang sibuk melukis di ruang tamu ..tubuh anak kecil itu dipeluk dari belakang..

" kenapa abang? jumpa kakak cntik ye ? " . soal arisya sambil tersenyum lebar.

" tak jumpa lagi .. kejap lagi .. abang nk pergi ambik kakak cantik .. isya nk ikut abang tak ? "

" taknak lah .. isya nak lukis ni .."

Arisya menyambung lukisannya yang tergendala tadi..kata -kata haris sedikit pon tidak menarik minatnya..lukisan barbie yang dibeli mamanya tadi ternyata lebih menarik perhatian arisya.

" alaaa sayang ...jomlah ... tak suka nak jumpa kakak cantik ke ? "

haris cuba memujuk ...

" nak jumpa ..tapi isya nak lukis ni dulu..cantik ..tengok ni bang .. "

arisya menunjukkan lukisanya pada haris..namun tiada respon dari lelaki itu..haris hanya tersenyum ..terpaksa..

hmm .. kalau isya taknak ..anis pon mesti taknak..no ! aku kena pujuk budak kecik ni jugak !

" kalau isya ikut abang,abang ingat nak belikan buku baru .. tapi isya taknak ikut ,abang tak jadi beli lah .. "

" tapi mama kan dah beli , kalau dah habis isya suruhla mama beli lagi .. "

haris mengeluh perlahan . susah betul nak memujuk arisya kalau dia dah ada benda yang dia suka..

" eh haris ni .. mama tengok dari tadi kamu asyik mengacau budak tu buat kerja , kenapa ? pergi jauh sikit.. ganggu dia buat apa .. "

" alaa maa..anak mama ni taknak ikut haris jalan.. "

" la..dia taknak ikut ,yang kamu ni pergi paksa dia kenapa. .biar kan jelah .. "

" ma .. please maa pujuk la dia maa .. "

haris mendekati mamanya..tangan mamanya dipegang .. dia merengek seperti bayi..mamanya hanya menggeleng-gelengkan kepala..arisya pula asyik melukis ..

" dah .. pergilah bersiap..mama tahulah apa nak buat..dah siap , kamu turun .. "

" betulka ma ? thanks mama ! "

haris tersenyum gembira..Dia bingkas bangun menuju ke kamarnya..Dia tahu mamanya saja mampu memutarkan fikiran arisya bila dia sendiri tak mampu nak buat apa-apa..

Usai bersiap , haris menuruni anak tangga ..matanya melilau mencari kelibat anak kecil itu..Ruang tamu kelihatan sunyi..kosong..mamanya pon tiada..

mana pula ni .. entah-entah ... aduhh .. arisya ! haris mengetuk dahinya..Pasti mamanya gagal memujuk anak itu..Haris berjalan ke muka pintu..Kini,dia tiada pilihan..masakan perlu batalkan semata-mata kerana arisya..

" abang !!, cepatlaa. "

" Allah ! terkejut abang ! wah cantiknya princess kecil abang ni ... "

" mestila..mama yang belikan baju ni .. getah ikat rambut ni.. kasut ni .. mama letak bedak banyak-banyak kat isya .. sebabtu isya ..
" a'aaa patutlah princess abang santek sangat ! meh abang kiss sikit ..haaa .. dah jom kita masuk kereta sayang , nanti kak anis tunggu .."

haris memotong terlebih dahulu adiknya yang sibuk bercerita .. panjang lebar..bukan dia tidak mahu dengar , cuma ..kalau dilayan , sampai petang pon belum tentu habis..

banyak mulut betul si arisya ni . Dahlaa cantik ! pandai , bijak pulak tu !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience