Bab 7

Romance Series 5759

Telefon bimbitnya berdering berkali-kali..namun, anis hanya membiarkan sahaja .sesekali terdengar bunyi mesej masuk,namun anis masih tidak berganjak dari tempatnya..Novel keluaran terbaru itu ternyata jauh lebih menarik perhatiannya dibandingkan dengan gerangan yang sedang menelefonnya saat ini.

" anis ! kau ni tak reti nak angkat ke telefon tu..dari tadi aku dengar telefon tu berbunyi je tak berhenti ..sakit telinga aku dengar ! baik kau angkat , kalau tak biar aku je angkatkan"

" angkat lah .. "

ringkas jawapan anis kepada naziha..dia memang malas nak berborak dengan lelaki itu , kalau naziha nak angkat sekalipon , dia tidak kisah ..tidak kisah langsung.

Naziha nengambil telefon bimbit yang sedari tadi berdering..nama "haris" yang tertera pada skrin telefon tersebut membuatkan naziha tersenyum sinis..

patutlah ...

" kau ni , gaduh lagi ke dengan haris ni ..aduhai pening aku macamni, nak angkat pon ..tak kuasa aku ! buat apa ! sepupu sendiri kot ! "

pecah tawa anis qaisara ..

" baru kau tahu ..tadi nak sangat angkat ..aku malas lah ziha , dia tu nak ajak aku keluar lagi malam ni "

" wow ! baguslah macam tu ! terima jelah anis ..bukan selalu kau keluar "

" taknak aku ..bukan selalu apanya , dah selalu dah pon .. malas aku nak jumpa dia "

" kau memang takde perasaan apa-apa ke kat sepupu aku tu ? "

pertanyaan naziha yang satu ini membuatkan anis terkedu..Dia tidak ingin berbicara soal perasaan lagi , perasaannya sudah lama hancur berkecai..

" oii .. diam pulak ! aku tanya tu .."

" haa apa kau tanya tadi ?"

" kau memang tak de langsung ke perasaan kat sepupu aku ? "

Anis memandang naziha..kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan..

" betul ? takde langsung ? sikit pon tak ? "

" tak . " ringkas jawapan anis..namun sudah cukup membuat naziha faham.

" hmm .. maaf lah kalau aku paksa kau dengan haris,aku cuma nak kau bahagia anis.."

" ziha , bahagia yang kau nak tu cuma sekejap ..bila saat tu datang , aku sendiri tak pasti adakah kebahagian itu masih ada atau hilang secara tiba-tiba "

" apa maksud kau anis ? "

" kau ni.. macam tak kenal aku pulak ..kau ingat tak apa yang aku pernah story dulu yang aku ni pernah kena.....

kena apa ?

Anis dan naziha menoleh ke belakang..kelihatan haris sedang memerhati mereka ..pertanyaan haris yang tiba-tiba itu membuatkan anis terkedu..

" kena tinggal dengan pakwe dia lah ! "

Naziha cuba menyelamatkan keadaan itu..anis yang mendengar jawapan naziha cuba mengukir senyuman sekaligus mengiyakan kata-kata naziha..

ya allah .. sampai bila aku perlu hidup dalam keadaan macamni .. hidup dalam ketakutan..hidup dalam bayang-bayang silam..juga hidup dalam penipuan..

" ohh ! tu ke sebab awak taknak keluar dengan saya ? lately ni ,saya perasan awak macam nak jauhkan diri dari saya anis..kenapa ? "

" err ..mana ada ..perasaan awak je tu "

" kalau betul hanya perasaan , kenapa tak angkat kol saya ? mesej saya tak balas ? "

Naziha segera berlalu dari situ..dia tidak mahu mencampuri hal mereka ..biarlah anis yang menyelesaikan sendiri..masakan dia ingin memandai-mandai sedangkan anis pula tidak serius..

" ohh..maaf lah ..saya sibuk tadi,kol awak tak dengar .. "

" sibuk apa ? novel ? "

kali ini haris bercakap dengan nada yang serius..anis hilang kata-kata..jarang-jarang haris begini,tapi kalau dia dah jadi begini,memang pasanglah nanti !

" err.. haris..saya minta maaf .."

hanya itu yang mampu diucapkan saat ini..meskipon dia sudah agak lama kenal dengan lelaki itu,namun untuk berhubungan dengannya ke arah yang lebih serius dia tidak mahu..bukan tidak mahu , tidak mampu ..

keluhan berat dilepaskan..dia kecewa dengan gadis itu , bukan kerana tidak mahu keluar dengannya , bukan kerana tidak mahu menjawab panggilannya , tetapi kerana tidak pernah ada jawapan yang kukuh untuk semua persoalan yang bermain di mindanya tika ini..

haris berjalan menuju ke bangku hadapan kedai..Dia melabuhkan punggungnya di situ.matanya jauh memerhati di jalan raya..anis hanya memerhati dari dalam..

" psst .. pergilah kat dia ! "

kemunculan naziha secara tiba-tiba itu mengejutkan anis..ini tabiat naziha sejak dulu,menghilang tiba-tiba ..muncul juga tiba-tiba..

" nak buat apa ? "

" pujuk lah ..kau ni "

" hmm taknak aku..nanti dia ingat aku memang syok kat dia pulak .."

" alah ..pujuk tu bukannya maksud kau syok kat dia ! cuma ..sekurang-kurangnya..kau bagilah mood dia okay semula .."

Anis hanya mendengar..ada betul jugak kata-kata naziha ..tapi nanti kalau haris salah faham macam mana,dia tidak mahu memberi harapan .. pada mana-mana lelaki termasuk haris ..

Anis menekup mukanya..fikirannya kusut..masakan disebabkan kisah itu , dia menyakiti hati orang yang tidak bersalah..kini , dia pula yang rasa bersalah !

Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke lelaki itu..naziha hanya memerhati ..kali ini , dia betul-betul berharap anis akan memujuk haris bukan kerana permintaannya ,tetapi kerana keinginan hatinya ..

" awak .."

haris memandang anis yang duduk disebelahnya..namun tiada sebarang ayat yang keluar dari mulutnya..kepalanya ditundukkan memandang lantai,tangannya pula diletakkan di atas kepalanya..

" saya minta maaf .. saya tahu saya salah ..saya...

belum sempat anis menghabiskan ayat , telefon bimbit haris berdering ..

" hey. ! kau nak apa lagi pompuan ! ? "

" ohh .. baguslahh ! dah kotor , baru cari aku ..entah-entah dah pregnant ..tu sebab nak cari aku eh ..nak suruh jadi pak sanggup kau !"

" what ? kena paksa ? hey kau ingat aku percaya ke ? hahahaa..for your information , aku tak suka perempuan murah ! "

Jantung anis bagaikan ingin berhenti berdegup..bukan kerana panggilan dari suraya,tetapi kerana perkataan "murah" yang disebut haris ..

Ya Allah ! kuatkan hatiku .. apa yang aku takutkan mungkin akan terjadi nanti ..aku tidak sanggup ya allah !

anis bangun dan berlalu dari situ .. dia menuju ke stor buku dan mengurung diri..Dia menangis semahu-mahunya..Tangisan yang teresak-esk itu membuatkan naziha risau..berkali-kali pintu diketuk,namun anis masih mengurung dirinya di situ.

" kenapa dengan dia ? "

naziha menggeleng-gelengkan kepalanya..Haris pula dihantui rasa bersalah ..

Kenapa pula dengan anis ni , aku yang sepatutnya merajuk ..ini dia pula yang beria , siap menangis pula tu .. ! eh , ke dia cemburu aku cakap dengan su tadi .. hmmm

Haris tersenyum sendiri..jangan-jangan gadis itu sudah mula menyayanginya dalam diam ...haris tersenyum lebar , dia pon berlalu dari situ ..

Naziha pelik memerhatikan lelaki itu ..

Dah kenapa lah dengan si haris ni ..kata suka , tapi bukannya nak pujuk , malah pergi pula !

pintu stor diketuk lagi ..perlahan-lahan anis membuka pintu ..Matanya kelihatan merah..tudungnya basah ..naziha yang memandang berasa hairan dengan gadis itu.

" kau kenapa anis ? "

Anis hanya membisu ..Dia tidak mahu menceritakan apa-apa lagi kepada naziha. .cukuplah setakat itu ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience