Bab 8

Romance Series 5759

Haris tergesa-gesa berjalan menuju ke pejabatnya..Pagi ini dia benar-benar terlambat dan pagi ini jugak dia perlu menghadiri satu mesyuarat penting..Langkahnya dilajukan sedikit menuju ke ruang pejabatnya...

" cik haris ..cik haris.."

Langkah haris terhenti..Suara Suzy memangilnya dari jauh membuatkan haris menoleh ke belakang.

" Cik haris .. tadi ada sorang perempuan datang cari cik haris , saya cakap cik haris belum datang ..lepastu dia bagi ni .. "

Sebuah bungkusan diserahkan kepada haris..Usai menerima bungkusan itu,dia pon menyambung semula langkahnya yang terhenti tadi..Dia sudah terlambat..

Bungkusan itu diletakkan di atas mejanya..Haris mengambil dokumen-dokumen penting lalu menuju ke bilik mesyuarat..

Lebih kurang 45 minit mesyuarat itu berlangsung,haris bingkas bangun lalu menuju ke biliknya semula..Fail-fail berkaitan mesyuarat tadi diletakkan di atas meja,haris mengaup mukanya..

Matanya terpandang bunkusan tadi..Bungkusan yang masih cantik itu dibelek-belek terlebih dahulu sebelum dibuka..Kosong..Hanya sebuah kotak yang dibalut ..Tiada sebarang ayat juga nama pengirim.

Sapa pula yang hantar ni ...

Usai membuka balutan itu,matanya terlopong melihat isi di dalam bungkusan tersebut...Sebuah jam tangan kesukaannya..Haris tersenyum sendiri..

Siapa yang bagi ni . anis ke ? tapi anis tak tahu aku suka jam jenis mana ...ke dia tanya mama.. hmmm ...

pintu bilik diketuk..Kelihatan suzy sudah berdiri di muka pintu sambil membawa beberapa fail.

" cik haris , saya perlukan tandatangan cik haris segera..ni ada beberapa fail penting yang memerlukan tandatangan cik haris juga perlu dihantar dengan kadar segera.."

Haris hanya mengangguk..Fail-fail itu kini bertukar tangan .. Usai menandatangani kesemua fail,haris menyerahkan fail tersebut kepada suzy..

" Terima kasih cik haris..saya keluar dulu."

" ehh kejap ! "

langkah suzy terhenti di situ..Dia menoleh ke belakang..

" siapa pengirim bungkusan tadi ? awak tahu ? namanya ke ? "

" emm namanya saya kurang pasti ...tapi perempuan la..macam pernah nampak dulu.."

" bertudung ? "

" tak ..Dia tinggi , cantik .. rambut panjang .."

Haris hanya mengangguk..Hatinya seperti dapat mengagak siapakah perempuan itu,namun dia cuba menepis segera tanggapan itu..Dia tidak mahu perempuan itu hadir dalam hidupnya bahkan dalam fikirannya..

Telefon bimbitnya berbunyi .. Tanda adanya mesej masuk..Haris mengambil telefon bimbitnya , lalu membuka pesanan ringkas itu.

"U SUKA TAK HADIAH YANG I BAGI TU "

Mesej yang dibaca itu dibiarkan tidak berbalas..Hatinya tiba-tiba panas,Jam tangan yang masih berbungkus itu ditempis kasar..Dia tidak mahu apa-apa dari perempuan itu ..

Beberapa minit kemudian,telefon bimbitnya berdering pula..Nama yang tertera pada skrin membuatkan haris malas untuk menjawab..

Haih .. perempuan ini lagi..apa lagi yang dia nak..tak cukup ke apa yang dia dah buat selama ni..

Telefonnya terus berdering beberapa kali..Haris yang sudah tidak mampu menahan sabar akhirnya menjawab panggilan itu..

" u nak apa lagi ? " .. Kasar bicara haris..Kali ini dia benar-benar geram dengan perempuan itu..

" alah u ni...sabar lah...i cuma nak tanya u dapat tak hadiah dari i tu .."

Benar dugaannya..Jam itu dari suraya ! ..

" U suka tak jam tu ? "

" i tak suka. . " ringkas jawapan haris

" tapi dulu u suka jam yang macamtu kan , sebabtu i beli ..

" u dengar sini baik-baik .. i taknak ada apa-apa hubungan dengan u lagi dan mulai hari ini u jangan ganggu i lagi .. i dah ada orang lain , yang jauh lebih baik dari u "

Panggilan itu segera dimatikan..Muka haris merah menahan geram..Gadis itu tidak berhenti-henti menganggu dirinya..

Telefon bimbit haris berbunyi lagi...Dengan marah dia menjawab panggilan itu..

" hey pompuan ! kau nak apa lagi hah ? "

" err haris...awak kenapa ni..."

Terkedu haris seketika..difikirnya suraya yang menelifonnya. tetapi sebaliknya...

Panggilan dari anis qaisara !

" eh anis .. maaf .. saya ingat sapa tadi..oh ya..ada apa ? "

" em .. saya nak ajak awak lunch harini ..awak busy ke ? "

" lunch ? takk .. tak busy .. orait ! pukul berapa .. nanti saya jemput awak kat sana "

" ikutlah pukul berapa pon .. saya ikut je , lagipon saya ada je kat kedai ni .. "

" orait .. lagi sejam saya pergi .. "

" okay .. "

Panggilan telefon dimatikan .. Haris tersenyum sendiri .. Jarang-jarang gadis itu mengajaknya keluar makan , selalunya bukan main susah ... bila diajak , dia menolak .. kini , dia pula mengajak !

Haris menyiapkan kerjanya secepat mungkin..dia tidak mahu terlambat untuk menjemput gadis itu..

Sedang asyik mengerjakan tugas. telefon bimbitnya berdering lagi .. Kali ini dari mamanya ...Haris menjawab panggilan itu dengan segera.

" ya maa .. ada apa ? "

" Haris kat mana ? office lagi ke ? "

" ya..kat office ..kenapa ma ?"

" mama ada event dengan kawan-kawan mama tadi. sekarang masih belum selesai lagi .. mama tak sempat nak jemput arisya .. Haris tolong ambil dia kejap dekat sekolah boleh ? "

" ambik arisya ? la mama..pak mat kan ada .. mama kol lah dia .. haris ada hal tengahari nanti .."

" Pak mat takde .. kalau ada mama dah telefon dia dulu.."

" pergi mana pulak ? "

" Pak mat balik kampung pagi tadi lepas hantar isya sekolah .. isteri dia sakit ..haish haris ni , banyak tanya pula .. boleh ke tak ni ? "

Haris diam seketika...macam mana ni .. dia nak keluar makan dengan anis.. tapi bagaimana pula dengan adiknya..

" haa okay lah mama .haris ambik dia hantar rumah. "

" haa..macamtu lah..lega mama .. eh , bawak lah dia ke office kejap.. kat rumah mana ada sapa-sapa..nanti mama ambik dia.."

Kali ini haris mengeluh.. masakan nak tinggalkan kat office , sedangkan dia nak keluar makan dengan anis.. Lama dia diam , tiba-tiba dia teringatkan naziha di kedai .. haris tersenyum ..

" ok mama ! ma tak payah datang ambik ! haris hantar dia nanti petang .. "

" kalau macamtu .. okaylah .. jangan lupa pula..drive elok-elok .. Assalamualaikum .. "

Usai menjawab salam , haris mematikan telefon bimbitnya..Dia mengemas mejanya lalu bingkas bangun untuk mengambil adiknya di Tabika..
Dia tidak mahu terlambat .. walaupon sesaat !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience