Bab 4

Romance Series 5759

Haris menghempas pintu biliknya.Barang-barang di dalam biliknya habis bertaburan..Hatinya kini seakan disiat-siat.Apa yang dilihatnya tadi benar-benar mencabar amarahnya.

" arghhhhh ! "...

pasu hiasan di dalam biliknya kini menjadi mangsanya..habis bertaburan serpihan-serpihan kaca di lantai..Haris menekup mukanya..Dia menjerit sekuat hati..

" Haris..kenapa dengan kamu ni ! ya allah ! habis pecah pasu ni , bilik dah macam apa dah ni ! kamu ni sama macam arwah papa dulu,marah je,ada je barang yang akan pecah..letihlaa kalau macamni .. " keluhan berat dilepaskan.

Datin Maznah mengutip serpihan-serpihan yang bertaburan.Mulutnya pula tidak henti-henti membebel.Dia geram dengan anak lelakinya itu,sikap baran seperti bapanya tidak berubah langsung.

" maaa...Su curang dengan haris ma.."

Haris mula membuka bicara..meski dia tahu mamanya belum habis membebel..namun mamanya berhak tahu kenapa dia berkelakuan seperti itu .

" what ? suraya ada lelaki lain ? mana kamu tahu ni haris ? kawan dia kot,mama tak percaya lah.cuba bawa bertenang,selidik dulu..bincang baik-baik "

" kawan ? kawan apa ma ? kawan ke kalau sampai ajak masuk bilik ? " ..Hatinya semakin panas mengenangkan apa yang dilihatnya tadi.
kalau dia tidak mengekori suraya,pasti sampai sekarang dia ditipu hidup-hidup.

" haris biar betul ? selama ni suraya baik je dengan mama ? selalu je datang rumah kita,cuma lepas kita kat london la dia dah tak datang..tapi masih contact mama..haris salah tengok kot .."

Datin Maznah masih meragui kata-kata anaknya.Mana mungkin suraya sanggup melakukan hal terkutuk itu sedangkan dia benar-benar mengenali gadis itu..

" betul ma..kalau mama tak percaya mama pergilah tanya betina tu ! haris tak kan maafkan perbuatan dia sampai bila-bila .sampai bila-bila ma..kalau mama masih nak suruh haris berkahwin dengan dia , lebih baik mama batalkan niat mama .. sebab haris tak suka perempuan murah ! "

Haris bangun dan berlalu dari situ.Belum sempat Datin Maznah membuka mulut.Dia tahu mamanya tidak akan mempercayainya langsung.Bagi mamanya ,suraya lah gadis yang layak dengannya..

kini haris hilang hormat dengan gadis itu..Gadis yang pernah mengisi hatinya ,kini telah menghancurkan hatinya..Hancur.Lumat.

"mama...mama ..mama ! "

Suara anak kecil itu mematikan lamunan Datin Maznah..Dia bingkas bangun dan menuju ke ruang tamu.

" eh ,anak mama dah balik ! mari sini sayang ."

Anak kecil itu hanya menurut..mukanya masam mencuka.

" kenapa dengan princess mama ni , masam je ..nak hujan ke ni ? "

Datin Maznah cuba menarik perhatian anak itu.Namun tiada sebarang balasan.

" kenapa sayang ..lapar ?"

Dia hanya menggeleng..Matanya memandang Datin Maznah.Namun masih tiada ayat yang keluar dari bibir comel itu.

" mama..."

" ya sayang..kenapa ni..cuba story kat mama..Arisya sakit ? "

" Tak..abang marah isya .."

Air matanya bertakung.Seumur hidupnya haris tidak pernah berkelakuan kasar dengan Arisya,menyebabkan anak kecil itu agak terkesan apabila haris tiba-tiba menengkingnya.

" aloo sayang mama,abang marah apa ? isya buat apa kat abang ? "

" isya..isyaa nak borak dengan abang .selalu isya balik sekolah,abang dukung isya..tapi tadi abang marah isya..lepastu terus pergi .."

Air matanya semakin laju mengalir..Datin Maznah hanya menggeleng kepalanya..Haris..haris..tak patut dia buat arisya macamni.

" eh yeke ? takpa..nanti mama pukul abang ..mama marah abang tau..sapa suruh dia marah princess mama ni .."

Datin Maznah cuba memujuk..Dahi anak itu dikucup..kepalanya diusap lembut..Air matanya segera diseka..sayangnya dia pada Arisya sama sayangnya dia pada haris..

Terima kasih Allah ! menganugerahkan arisya kepadaku ..aku janji akan membesarkannya sama seperti aku membesarkan haris, aku janji akan menyayanginya sama seperti aku menyayangi haris ..tiada beza antara haris farhan dan putri arisya..

Anis sibuk melayan pelanggan yang datang ke kedai mereka..Naziha pula sedang sibuk menguruskan kaunter pembayaran..Ramai betul orang yang datang , sampaikan dia belum sempat bersarapan.

" kak , nak beli buku kanak-kanak ada tak ? "

" oh ada , kat belakang ..pergilaa tengok "

Naziha yang sedang sibuk menulis stok-stok buku hanya memberikan isyarat tangan kepada lelaki tersebut..Dia tidak sempat untuk melayan lebih lama..

" oii kau ! bukan main busy ye ..aku datang pon kau tak pandang ..kalah bos besar dah kau ni.."

" eh ..kau haris .. maaf lah , sibuk sikit harini..tak sempat nak layan customer,orang yang datang pon anis yang layan kan.."

" anis ? sapa ? mana ? "

" ada kat belakang.Kawan aku..eh kau ! takpayah tanya banyak lah ..suraya kau nak letak mana ... "

" kau tak payah sebut nama pompuan tu lagi.Aku tak suka.."

"Aik ..okay .."

Naziha malas untuk bertanya lebih banyak..Lagipon dia sendiri tidak berapa berkenan dengan gadis itu..gedik semacam..

" ziha .. kau tunggu kejap boleh tak ? aku nak beli makanan kejap,lapar sangat dah ni..dari pagi aku tak makan ."

" ok..pergilah tapi jangan lama-lama ..kang tak ada sapa nak tengokkan kedai aku ni"

Anis hanya memberi isyarat ok..Lelaki di hadapannya itu hanya dipandang sekilas..dia pon berlalu dari situ.

" eh , aku pon nak pergi lah ! "

" oi .! kau nak ke mana ? tunggu la aku kat sini ! haris ! "

Haris hanya tersenyum dan berlalu dari situ..Naziha membebel sendirian..keluhan panjang dilepaskan.

Anis sedang melihat lauk-pauk di kedai itu..Pelbagai lauk yang terdapat di kedai itu menyebabkan dia tidak tahu ingin memilih yang mana satu..

" hmm..mana satu nak ambil ni..ayam berempah ke ikan ni..ke nak ambil daging je..bawal ni macam sedap je..hmmm "

" ambil ayam ni je .."

suara yang datang secara tiba-tiba itu membuatkan anis terperanjat..dia menoleh ke belakang ,kelihatan seorang lelaki sedang tersenyum kepadanya.

Eh,ni kan mamat kat kedai buku tadi..laa dia pon nak beli nasi jugak ke..

" oi ..kau pandang apa ? tau lah aku ni hensem,tapi tak payahlah pandang macam tu.."

" mak ai..perasannya kau ! tak de maknanya aku pandang kau .."

Anis segera mengambil seketul ayam berempah dan menuju ke kaunter pembayaran.dia malas bertemu dengan lelaki itu lagi.

" eh , ambil jugak eh ayam..hahahhaa"

Anis pura-pura tidak mendengar.Dia malas melayan lelaki itu..Bukan hanya lelaki itu,tapi semua lelaki..semuanya..Anis kemudiannya berlalu dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience