Bab 2

Romance Series 5759

Anis sibuk menyusun stok buku-buku yang baru dihantar tadi.Hari ini tidak banyak pelanggan yang datang,mungkin kerana hujan sejak malam tadi belum berhenti.Pagi ini dia keseorangan di kedai,kawannya bergegas keluar awal-awal lagi.Katanya ada hal penting yang ingin diselesaikan.

Usai menyusun buku-buku,anis kembali ke kaunter,perutnya terasa lapar.Roti sandwich yang dibelinya tadi segera dimakan.Pagi ini,dia tidak sempat menyediakan sarapan kerana terburu-buru untuk ke kedai.

"mama,nak buku ni ! nak buku ni ! "

" boleh..ambillah ..kakak nak buku apa,kakak ambil nanti letak kat kaunter,mama bayar okay ? "

" okay mama ! "

Anis memandang anak kecil yang berusia lingkungan 7 tahun yang datang bersama ibunya di kedai itu.Kasihnya seorang ibu yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk anaknya.

Air matanya mengalir.Memori itu membuatkan dia teringatkan ibunya di kampung.

" anis , nah ambil duit ni . buat beli buku yang anis perlu untuk exam nanti.Kalau kurang nanti bagitahu,esok lepas jual kuih mak bagi"

" mak .. takpalah ..anis boleh pinjam buku kawan-kawan.Lagipon,bazir duit je beli buku.Lebih baik duit ni mak guna beli keperluan lain."

" Anis .. duit mak boleh cari lagi nanti.Jangan risau.Tugas anis bukan untuk cari duit,tapi tugas anis belajar rajin-rajin.Mak nak tengok anis berjaya.Mak nak anis belajar tinggi,kerja bagus..Jangan jadi macam mak,susah.."

Air matanya mengalir lagi.

Mak , anis minta maaf.....hanya itu yang terluah bahkan hanya ayat itu yang mampu dilafaz sejak dulu hingga kini.Dia bersalah.Dia berdosa.

" cik , cik .. kira ni berapa semua ? "

Meja di kaunter pembayaran diketuk berkali-kali.Anis tersedar dari lamunan.Air matanya segera diseka.

" err .. maaf .Maafkan saya ..kejap saya kirakan .. "

Selesai membuat pembayaran,mereka pon berlalu dari situ.Anis cuma memerhati anak beranak itu.Sangat bahagia.

Kalau dia diberikan peluang,dia ingin hidup di masa kecilnya yang hanya diisi dengan gelak tawa.Ikhlas.Kini,masa depannya hancur.Gelap.Bukan salah sesiapa,tetapi salah dirinya.

Ya.Salah dirinya yang terlalu percayakan lelaki yang berstatus guru.Ya, salah dirinya kerana mengabaikan kata-kata seorang ibu..Penyesalannya sudah tidak berguna.Mana mungkin dia mampu mengembalikan maruahnya yang hilang sekelip mata..

" pergi ! pergi ! aku taknak tengok muka kau ! anak macam kau tak layak jejak kaki kat sini ! jangan berani tunjuk muka kau lagi ! anak tak tahu kenang budi ! anak yang memalukan keluarga ! aku malu , mana aku nak sorok muka aku lepasni ! "

" mak ! anis minta maaf.Makkkk ....anis sayangkan mak , mak tolonglah jangan buang anis ! "

" kalau kau sayang aku , kau tak kan buat kerja terkutuk macamtu,kau tak kan keluar dengan jantan tu ! aku benci kau ! pergi dari rumah aku ! "

" mak ...ampunkan anis mak ! anis salah ! mak , bagi anis peluang makkkkk "

pintu rumah ditutup rapat.Pakaiannya dilempar keluar.Malam itu anis diusir keluar.Hati ibunya benar-benar hancur,tiada lagi anak bernama anis qaisara.

" anis ! hey ..anissss ! .. "

Anis tersedar dari lamunan.Sekali lagi kejadian itu menyelebungi dirinya.Air matanya laju mengalir.Tangisan yang ditahan sejak tadi dilepaskan jua.Anis menangis teresak-esak.

Naziha hanya memerhati.Dia tahu apa yang membuatkan kawannya menangis.Dia hanya berdiam diri.Biarlah anis melepaskan dahulu bebannya itu.Naziha merupakan kawan yang rapat dengannya.Dialah yang banyak membantunya.

Naziha sudah mengetahui semua cerita tentang anis qaisara.Dialah yang membantu gadis itu semasa gadis itu mula-mula menjejaki Kuala Lumpur.Dialah yang memberikan anis tempat tinggal.Dia jugalah yang menawarkan pekerjaan untuk anis.

Terlalu banyak jasa Naziha untuk gadis malang seperti anis qaisara.

" Ziha ...aku minta maaf..aku tak dapat kawal perasaan.."luah anis dalam keadaan teresak-esak.Matanya merah,tangannya dingin.

"Its okay anis..aku faham.Jangan menangis anis..benda tu dah lama berlalu,dah hampir lima tahun kan..lupakan..mulakan hidup baru "

" aku boleh lupakan,tapi mak aku ...."

Tangisnya bersambung lagi..Dia tidak dapat mengawal emosi apabila terkenangkan ibunya itu.Selamanya hidup anis qaisara tidak akan bahagia tanpa pengampunan seorang ibu.

" anis , aku yakin ..mak kau dah maafkan kau.semarah-marah mana pon dia,dia tetap mak kau dan kau tetap anak dia .."

" ya...aku anak yang paling tak berguna yang dia pernah ada.Aku malukan dia.Aku buat dia dihina orang kampung.Aku ..... "

Anis tidak dapat meneruskan kata-kata.Jiwanya kosong.Hatinya hancur.Berkecai.

" shhhh... anis...sudah..kau kena sabar.Kau kuat kan.Kau gadis yang kuat.Kau mampu hadap semuanya.Takdir Allah tidak pernah salah,kau kena yakin setiap yang terjadi ada hikmahnya.."

" hikmah apa zihaaa ? hikmah apa ? aku gagal SPM ..aku gagal sambung belajar ..aku gagal jaga hati mak aku..aku gagal jaga maruah aku , maruah keluarga aku ! aku gagal jadi kakak yang terbaik untuk adik aku ! kakak jenis apa , yang tak mampu jadi contoh terbaik untuk adiknya ? aku gagal segalanya zihaaa.."

Tangisannya semakin deras.Air matanya tidak dapat ditahan lagi.Tubuh rakannya itu dipeluk erat.Saat ini , hanya Naziha penguat semangatnya.Hanya Naziha pengubat luka hatinya.

Terima kasih Allah ! memberikan ku kawan sebaik dia !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience