BAB 4

Drama Completed 1294

Mimpi memang kenal dengan isteri Adnan, Saliha. Isterinya baik, bukan sejenis perempuan yang manja dan mudah merajuk namun adakalanya sikap acuh tak acuh dan tak peduli Adanan memang boleh mencetuskan perang sampai harijadi isteri, anniversary pun boleh lupa.

Puas Mimpi menolak namun Adnan tidak putus asa dan terus memujuk. Akhirnya, Mimpi menyerah kalah. Esok sebelum ke pejabat, Adnan akan singgah di rumahnya mengambil sebiji kek coklat moist bersalut cheese. Demand betul Adnan nak kek itu dan kek ini, siapa harijadi sebenarnya? Dia atau isterinya.

Disebabkan permintaan dibuat pada saat akhir, hiasan ala kadar sahaja dan Adnan sedia maklum akan hal itu.

Mujur juga Mimpi memang sentiasa memastikan stok bahan membuat kek sentiasa ada di rumah kerana dia memang gemar membuat kek.

“Eh, Mimpi kau jangan pula pergi report dengan Saliha yang aku suruh kau buat last minute tau. Kalau dia tanya, pandai-pandailah kau up kata aku dah pesan smeinggu awal, at least kau tolong juga aku ke arah keluarga bahagia dan harmoni hehehe..” pesan Adnan.

Usai dia mengemas dapur dan ruang tamu dan menidurkan kedua orang anak perempuannya, Mimpi bingkas ke dapur membuat sebiji kek coklat.

Sementara menunggu kek siap dibakar, dia memanaskan krim di atas dapur. Selepas krim mula berbuih, Mimpi kemudiannya mencampurkan kepingan coklat masakan dan mengacaunya perlahan.

Bau coklat mmemenuhi ke segenapp penjuru rumah. Sos coklat ini dibiarkan sejuk di atas dapur. Dia akan menuang sos coklat itu pada esok pagi dan diselang selikan dengan krim keju bercampur krim puutar lalu dihiaskan dengan buah ceri segar yang kebetulan dibelinya di pasaraya tadi.

Kek ini sangat ringkas namun menjadi kegemaran mereka sekeluarga dan diharap dekorasi kek yang minimalis ini dapat memuaskan hati Adnan dan isteri.

Kerja di dapur tamat pada jam 3 pagi, tanpa menunggu lama Mimpi merebahkan tubuhnya yang letih di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience