Completed
1294
1:00 Pagi
Kelam malam, sunyi hanya sesekali ditemani bunyi cengkerik dan diselangi dengan bunyi deruman motor dari mat rempit.
Kedinginan malam samasekali tidak membataskan kecintaan mereka kepada lumba motor haram ini.
Dalam sepi malam ini hanya orang seperti mereka yang berjiwa kental masih terjaga di saat jutaan manusia beradu diulit mimpi, hatta sekuriti pun sudah ada yang culas dalam bekerja.
Saat itu Mimpi juga sedang lena beradu namun bagai ada jam penggera yang sudah dipasang, matanya terjaga seraya memandang siling biliknya, lama direnung dan lama kelamaan dia merasa bagai siling biliknya itu semakin lama semakin merendah seakan mahu menghempap tubuhnya.
Bukan itu sahaja dinding kiri dan kanan dirasakan bagai bergerak rapat semakin mengecil dan menghimpit tubuhnya, dia merasa seluruh tubuhnya paralis, dan dadanya bagai dihempap dengan batu konkrit, sesak sukar bernafas.
Mimpi diserang rasa panik yang sukar dikawar. Dia merasa bagai suaminya Fazli barung disebelahnya.
Dan dia dapat menangkap jelas bunyi dengusan keras nafas suaminya yang jelas hingga membuatkan dia terjaga dari tidur.
Ditolehnya kiri dan kanan dan dalam kesamaran malam itu dia dapat melihat kedua matanya suaminya terbeliak, mulu suaminya tercungap-cungap cuba mencari udara untuk bernafas, tangannya berkali-kali menepuk-nepuk dadanya.
“Okay tak ni, abang, abang okay ke?” jerit Mimpi.
Share this novel