Completed
1294
Bemula hari itulah, bertitik mula dari kek kejutan untuk isteri Adnan, Mimpi mula dikenali sebagai pembuat kek.
Rakan-rakan sekerja yang meraikan sebarang majlis akan memesan kek daripada Mimpi.
Pelbagai jenis kek ditempah dan menajdi kegemaran mereka, bukan sahaja untuk hari lahir, adakalanya ia diitempah sekadar suka-suka, dari kek coklat, kek Tiramisu, Kek Oren, Red Velvet, Salted Caramel dan bermaca-macam jenis kek menjadi pilihan mereka.
Bagi memenuhi setiap tempahan itu, Mimpi akan berjaga hingga ke lewat malam untuk menyiapkan kek itu dan secara tak langsung masa tidurnya mula berubah namun dia tidak lagi mengalami mimpi ngeri seperti dahulu.
Mimpi bagaikan direinkarnasi semula, bangkit bersama nafas baru.
7:00 Pagi
“Aduh Nori ni kan, Bunda dah cakap tadi bersiap cepat, Nori, cepat!”
Lantas dua kotak yang berisi kek oren diletakkan di atas tempat duduk belakang
kereta HRV berwarna kelabu. Nori kelam-kabut mengikat tali kasut sekolah dan berlari masuk ke ke dalam perut kereta.
Biasanya jam 6.50 pagi mereka sudah bergerak. Namun hari ini, jadual mereka lari sedikit dans erba tidak kena.
Itu belum lagi bekalan elektrik terputus sebelum Mimpi sempat menggosok tudung.
Nori menangis tidak mahu bangun dari tidur kerana biliknya gelap tidak berlampu. Manakala Kek oren yang ditempah seorang kenalan belum lagi ditabur dengan paruttan kulit oren.
Kelam kabut jadinya apatah lagi semuanya itu harus dilakukan di subuh hari yang gelap gelita itu.
Share this novel