BAB 9

Drama Completed 1294

Mimpi meminta pertolongan jirannya, Abang Baggio, menghantar kotak-kotak berisi kek cawan itu dengan van Hiace milik jirannya.

Tengah hari itu selepas masing-masing berehat menjamah lebihan kek cawan dinikmati bersama teh O mereka masing-masing berbaring di ruang tamu merehatkan tubuh sambil berbual kosong.

“Apa korang nak buat dengan duit upah kek ni nanti?” tanya Mimpi. Maka muncullah pelbagai idea yang terpacul di mulut mereka, ada di antara mereka yang memasang angan memanjakan diri dengan wang upah yang dibahagi lima nanti.

Tak kurang juga ada yang ehndak membeli oven baru, pembancuh kek baru malah ada yang mengatur rancangan untuk mengikuti kursus masakan untuk memantapkan diri dalam bidang yang digemari.

Walaupun kelima-lima berkongsi nasib yang sama seperti Mimpi dan sudah tidak lagi dapat merasa kasih sayang dan kehadiran sang suami, namun dapat juga menumpang bahagia orang lain meraikan cinta, dengan menjadi sebagaian tulang belakang di hari bersejarah dan penuh bahagia mereka.

6:00 petang

Keadaan hari itu sungguh tenang, diselangi dengan lagu Jazz dan seleksi lagu café yang mendamaikan halwa telinga. Mimpi duduk bersantai bersama Nori dan Ozlynn di sebuah kafe-bakeri ala Perancis.

Di hadapannya ada sepotong kek buah berciri fusion gabungan jepun dan perancis dihidangkan bersama secawan kopi latte, manakala dua orang anak perempuanya menikmati kek gulung beri dan strawberi yang dihiasi dengan kepala karekter Hello Kitty.

Sambil-sambil itu, Mimpi membaca surat khabar sambil melihat-lihat anak-anaknya membuat kerja rumah. Kafe-bakeri itu kecil saja. Di bahagian sisinya tersusun rak pameran kek, kek cawan dan beberapa jenis mufin. Sebuah papan menu tergantung di

dinding yang memaparkan sorotan kek istimewa hari ini termasuklah kek yang menjadi rekomendasi chef.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience