Completed
1294
Mimpi memecut kereta laju. Ozlynn ditinggalkan di rumah
Pengasuh di blok sebelah. Dia perlu menghantar Nori pula hingga ke kelas kerana sudah
lewat ke sekolah.
Melihatkan pada angin Nori yang kurang baik dan masa yang sudah agak lewat, Nori pasti mengada-ngada tidak mahu berjalan sendiri, takut dimarah cikgu.
Mimpi merungut-rungut dalam hati, marahkan TNB kerana khidmat bekalan elektrik yang sering mati, geram pada dirinya sendiri kerana
tidak bersedia lebih awal, dan teringat yang Nori tidak sempat menjamah apapun untuk sarapan pagi. Panjang keluhan dilepaskan Mimpi.
Dan tidak semena-mena, ketika itu juga ada sebuah kereta pacuan empat roda berhenti mengejut kerana ingin mengelak seorang pejalan kaki yang tiba-tiba meluru melintas jalan.
Sudahnya Mimpi menekan brek kecemasan menyebabkan muka Nori tersembam ke hadapan lalu terhantuk ke papan pemuka. Nori menangis sambil menekup hidungnya yang sudah berdarah.
Sungguh mimpi kesal kerana dalam kekalutan tadi, Mimpi terlupa mengingatkannya anaknya itu supaya memakai tali pinggang keledar.
Seraya itu juga Nori dipeluk dan dipujuk. Sekilas itu Mimpi terpandang tempat duduk
belakang. Satu kotak kek masih berada di tempat asalnya, manakala satu lagi sudah tersorong dan jatuh terpelesok ke bawah. Berderau darah Mimpi cemas memikirkan dua biji kek itu perlu dihantar dengan segera apatah lagi kedua-duanya sudah dibayar.
Beberapa minit kemudian tangisan Nori sudah reda, saat itu juga bagai mahu jatuh airmata Mimpi mengenangkan segala yang terjadi hari ini.
Share this novel