BAB 7

Drama Completed 1294

Sungguh dia belum pernah berhadapan situasi begini. Bagaimana hendak terangkan pada pembeli yang kek sudah kemek? Sungguhpun kerja membuat kek ini bukan sumber utama dan hanya dilakukan secara sambilan namun hati pelanggan harus dijaga dan nama baiknya juga harus dipelihara.

Paling penting, dengan kerja membuat kek ini dia berjaya mengatasi kesedihan dan kesunyian serta dapat mengisi malam-malamnya yang sepi yang dahulunya juga ditemani dengan mimpi ngeri.

Kini sejak pernigaan sambilan membuat kek ini dijalankan, setiap malam Mimpi tidak pernah tidur lebih awal dari 3.00 pagi. Beberapa bulan lalu dia berkenalan dengan seorang pengusaha kantin

di sebuah kilang, yang menawarkannya untuk membekal mufin ke kantinnya setiap hari. Mufin akan diambil sendiri oleh pengusaha kantin pada awal pagi di rumah Mimpi.

Mimpi gembira kerana dengan peluang ini sekurang-kurangnya, jika tiada sebarang tempahan dari pelanggan lain, tawaran ini dapat memastikan Mimpi sentiasa sibuk pada sebelah malam.

Sengaja dia memulakan kerja-kerja membuat kek dan mufin selepas tengah malam, bila

anak-anaknya sudah tidur. Dengan peranan-peranan kecil seperti ini, semakin hari Mimpi merasa hidupnya tambah teratur dan lebih bermakna. Kecuali pada hari-hari gawat seperti hari ini, hari yang dilaluinya memang indah dan penuh bermakna. Malah dia juga dapat menghirup aura positif, bangkit sebagai orang yang punya matlamat.

Pun begitu, sudah tertulis bahawa hari ini, kecekalannya sebagai ibu tunggal diuji. Mimpi jarang

bersungut dengan apa yang ditakdirkan pada dirinya, tapi hari ini, hatinya rasa sedih dan letih menguruskan anak-anak seorang diri dan mengejar masa demi kepuasan hati semua orang.

Anaknya Nori kini berada di dalam darjah satu, sangat memerlukan bimbingan dan perhatian sepenuhnya. Ozlynn yang baru berusia empat tahun, hampir tidak kenal dengan ayahnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience