BAB 8

Drama Completed 1294

Kadangkala Mimpi rasa bersalah pada mereka, walaupun dia sendiri tidak pasti mengapa dia perlu beras serba salah kerana semua yang berlaku adalah di luar kawalannya dan sudah tertulis segalanya dalam lembaran takdir insan bernama Mimpi Crysalis.

1:30 tengahari

Rumah pangsa milik Mimpi hari itu riuh rendah dengan kehadiran beberapa orang tetamu.. Empat orang kawannya datang bersama anak-anak mereka, lapan orang semuanya. Sepuluh orang

kanak-kanak bermain, bergurau, ketawa, dan menjerit, menjadikan rumah itu tak ubah seperti pusat jagaan kanak-kanak.

Kesemua mereka baru selesai makan tengahari menikmati nasi ayam goreng berempah yang dibungkus kerana pelan hari ini adalah membuat kek cawan. Mimpi menerima tempahan 4,000 biji kek cawan untuk majlis perkahwinan anak majikannya yang akan berlangsung esok petang.

Dek kerana jumlah tempahan yang ditempah dalam kuantiti yang banyak, Mimpi tidak mahu ia mengelabui mata dan merasakan rezeki itu harus dikongsi apatah lagi dia tidak mugkin dapat melakukannya seorang diri, justeru dia berkongsi tenaga dan keuntungan bersama empat orang sahabatnya yang terdiri dari jiran tetangga.

Mereka mula mengadun dan membakar kek sejak dari semalam lagi, berganding bahu mengadun, menguli, membakar dan kemudian menghias krim mentega mengikut rona ungu pastel sesuai dengan tema yang dimahukan oleh pengantin. Seorang daripada mereka ditugaskan memasukkan kek ke dalam bekas-bekas yang diikat reben, kemudian disusun di dalam kotak besar yang dihiasi dengan bunga-bungaan.

Bunyi dentang-dentung di dapur, mereka bekerja tanpa henti, sesekali dapur disulami dengan canda tawa menceriakan hati mereka hingga tak sedar tubuh letih dek seharian berada di dapur.. Sehingga awal Sabtu pagi, mereka sudah dapat menyiapkan tempahan 4,000 biji kek cawan berhias kuntuman bunga orkid daripada krim mentega warna ungu dan putih, disusun rapi di dalam 60

buah kotak besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience