BAB 10

Drama Completed 1294

Pada bahagian tepi kaunter ada sekeping album berisi gambar-gambar contoh jenis hiasan kek untuk semua jenis acara. Dan di hadapan ruang kaunter pula ada lima buah meja bulat di mana pelanggan boleh duduk berehat sambil menikmati minum pelbagai jenis kek dan pastry serta kopi dari kafe tersebut.

Masuk sedikit ke bahagian dapur bakeri, ruang itu tampak luas dan disitulah semua kerja-kerja dilakukan oleh dua orang kakitangan, kedua-duanya dilakukan oleh dua orang ibu tunggal.

Aroma kek dan roti yang memenuhi segenap ruang dapur dapat membuatkan siapa yang berdiri pasti meelan liur, dan yang sedang berdiet pasti dietnya hancur ke laut. Selalunya tempahan dibuat dalam kuantiti yang banyak, dan kek-kek ini disimpan di peti ais besar di bruang dapur. Hanya segelintir pelanggan yang datang membeli ‘kek kecemasan’ seperti Adnan yang sudah terhidang di peti pameran yang terdapat di ruang hadapan.

‘Mimpi’s Bakery sudah diusahakan oleh Mimpi sejak tujuh bulan yang lalu selepas hampir setahun setengah dia berniaga dari rumah, bakat yang ada digarap dan diperkasa dengan lambakan kursus dan kelas membuat kek dan masakan, malah dia juga ada menghadiri kursus dan bengkel tajaan Kementerian Pembangunan Usahawan termasuklah turun naik bank membuat permohonan pinjaman perniagaan di SME bank.

Matanya memerhati di segenap penjuru kedai dan kini Mimpi tersenyum sendiri mengingatkan bagaimana semuanya bermula.Bagaimana dia terjaga setiap malam, tidak tidur lena selama dua tahun pemergian suami tercinta secara mengejut, bagaimana mimpi ngeri yang saban malam memburunya diganti dengan aktiviti yang menggembirakannya bermula daripada bantuan kecil yang dihulurkannya kepada seorang kawan.

Dari situ Mimpi sudah tahu apa yang dia mahu dalam hidupnya dan dia terus berlari mengejar mimpi itu tanpa menoleh ke belakang lagi, momen hitam yang membelenggunya ditinggalkan. Tiada lagi tangisan, tiada lagi airmata.

Barangkali juga mimoi itu adalah asbab yang Allah berikan padanya agar dia sebagai hamba sahaya ini bangun bermunajat malam mendekatkan diri padanya dari terus meratapi nasib hingga menjauhkan dirinya dari Sang Pencipta dek kecewa diuji.

Semua ini adalah berkat dia terbangun setiap malam, bersolat sunat, menangis, mengadu dan bermunajat pada Allah Subhanawataala.Kepahitan itu sudah lama dilupakan dalam kesibukan mengurus perniagaan kecil yang merupakan impian yang sudah lama terkubur sejak saat dia menjadi isteri orang.

Benarlah, Allah itu tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan dan disebalik kehilangan Allah pasti menggantikan yang lebih baik kepada hamba-Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience