Series
221
KELOPAK mata dibuka laju. Zakhwan terjaga dari mimpi. Peluh yang membasahi dahi diseka kasar dengan belakang tangannya. Zakhwan bangkit dari baringnya sebelum badan disandarkan di kepala katil. Dia cuba kembalikan nafasnya yang tidak teratur.
Tuhan! Mimpi itu lagi. Sudah beberapa hari dia mengalami mimpi yang sama. Dia meraup wajahnya berkali kali.
Kepalanya dipaling ke sisi. Dilihat sliding door menghadap balkoni di luar biliknya terbuka luas. Zakhwan turun dari katil dan menuju ke balkoni.
"Zakh!" sergah satu suara lembut.
Laju Zakhwan memusingkan badannya ke arah punca suara. Wajah yang menyapa kornea mata kelabunya membuatkan dia kaget.
"La-Laura?! Awak buat apa kat sini?"
Gadis itu senyum. Wajah gadis itu bersinar dan bersih dari sebarang luka. Pakaiannya yang serba putih membuatkan wajah gadis itu lebih berseri.
"Saya rindu awak, Zakh," luah gadis itu.
Jasmine mara beberapa tapak mendekati Zakhwan. Tangan Zakhwan cuba diraih namun pantas jejaka tinggi lampai itu mengelak.
"Rindu?" Zakhwan ukir senyum sinis.
"Kalau rindu, kenapa tinggalkan saya? Kenapa awak biarkan hidup saya terumbang-ambing seorang diri?" soal Zakhwan dengan nada sarkastik.
"Zakh, awak kena belajar terima takdir," pujuk Jasmine lembut.
"Senang betul jawapan awak. Setiap kali saya sedih, awak suruh saya terima takdir. Setiap kali saya rindu, awak suruh saya reda. Awak ingat semudah itu ke?"
"Zakh, saya tak boleh bersama awak. Dan saya takkan bersama dengan awak. Saya cuma nak hidup bahagia, Zakh. Dan saya percaya awak pun akan dapat kebahagiaan awak sendiri tanpa saya."
"Dengan cara cari orang lain? Itu ke jawapan yang awak mahu berikan pada saya, Laura Jasmine?!" Nada Zakhwan naik seoktaf.
"Kalau inilah cara yang awak nak beritahu saya, saya lebih rela hidup sendiri sampai mati," tambah Zakhwan lagi. Nada suaranya berbaur kecewa.
"Jangan macam ni, Zakh. Saya sentiasa doakan agar awak jumpa pasangan hidup yang lebih baik daripada saya, Zakh. Andai masa itu sudah tiba, saya berharap awak dapat tebus rasa serba salah awak dengan lindungi dia dan jaga dia seperti mana awak tidak sempat buat pada saya. Cintakan dia sebagaimana dia cintakan awak, Zakh."
Jeda.
"Percayalah, Zakh. Akan ada seseorang yang mampu gantikan tempat saya. Bukalah hati awak agar gadis bertuah itu dapat masuk ke dalam hati awak."
Sepi. Kata-kata Jasmine hanya mengundang decitan halus dari mulut Zakhwan.
Zakhwan berlalu masuk ke dalam biliknya semula. Ditarik sliding door sebelum pandangannya beralih ke arah balkoni semula. Dahinya berkerut. Dipandang segenap ruang luar balkoni. Bukankah tadi dia sedang bercakap dengan bekas kekasihnya tadi? Tapi kini tiada sesiapa di balkoni itu.
Kosong.
Ternyata dia hanya berhalusinasi.
Tanpa berfikir panjang, dia menarik langsir dan kembali tidur.
____________________________________
Share this novel