BAB 2

Horror & Thriller Completed 978

“Abang nak kita hidup dan mati bersama?”

“Tak salah kan. Abang memang tak sanggup hidup lagi kalau Ira dah tak ada” Ucap Syabas bersungguh-sungguh. Tangan kanannya mencapai dan menggenggam erat tangan kiri Afinah.

“Dah sejam Bang, bayang pengantin pun tak nampak” Afinah sudah mulai risau kerana hari semakin gelap.

“Diorang malu kat kita agaknya. Dah, Jom balik” Ajak Syabas.

Perempuan di kerusi tadi masih merenung ke laut. Kali ini tangan kirinya menyentuh topi yang diletakkan bersebelahan tadi.

“Ira datang sini nak tengok pengantin tu bang” Ucap gadis itu separuh berbisik.

“Kalau boleh, Ira nak mintak tolong diaorang sampaikan salam pada abang” sambungnya lagi, sebak. Cairan jernih mulai menakung di tubir matanya dan kemudiannya menitis melintasi pipi.

“Ira rindukan abang !!!”

“Selamat Tengahhari Puan” Pegawai polis bukan melayu yang mengetuk pintu tadi memulakan perbualan.“Saya mencari Cik Afinah ”

“Sayalah Afinah ” Afinah memperkenalkan diri dan membuka grill pintu.

“Saya Inspektor Ramaloo dan ini pembantu saya Konstable Jamali. Kami ke sini untuk minta puan kenalpasti satu objek” Inpektor Ramaloo mengeluarkan bungkusan plastik yang mengandungi sebuah topi berwarna merah dengan logo sauh.

“Puan kenal topi ini?”

“Ini macam topi tunang saya, Syabas ” Akui Afinah. Dia mulai tidak keruan memikirkan sesuatu yang buruk mungkin berlaku kepada Syabas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience