BAB 3

Horror & Thriller Completed 978

“Dalam beberapa jam sebelum ini, ada dia menghubungi Puan”

“Tak ada. Kami cuma berbual tengahhari semalam. Dia dalam perjalanan ke Pulau Tengah. Apa yang berlaku kepada Syabas tuan !!”

“Begini Puan. Sebenarnya kami mengesyakki tunang puan telah lemas semasa memancing di Pulau Tengah. Cuma pancing dan topi ini sahaja yang dijumpai di tempat kejadian.”

“Ya Allah!!!!” Afinah terduduk dan menangis. Dia kemudiannya ditenangkan oleh ibunya yang keluar,sebaik mendengar dia menjerit.

“Bahaya cik sorang-sorang kat kawasan jeti ini!!” satu suara menegur dari belakang.

Afinah menoleh dan melihat seorang lelaki memakai uniform biru laut. Lagaknya seolah seorang pekerja di pelantar minyak.

“Boleh saya temankan?” Tanya lelaki itu lagi.

Afinah hanya mendiamkan diri. Lelaki itu mengambil tempat duduk di atas tunggul kayu yang ada berhampiran.

“tunggu siapa Cik? “ soal lelaki itu lagi. Afinah mencapai topi yang diletakkan disebelah tadi dan dihenyak diatas paha.

“Tunggu pengantin tu kannn..” Lelaki itu membuat tekaan. Ungkapan itu membuatkan Afinah berpaling.

“Mana awak tahu ni?” soalnya marah.

”Kalau orang masih di sini, waktu sekarang ni. Tak ada tujuan lainlah.”

“Ya. Memang tu tujuan saya. Boleh nampak ke?. Sebelum ni saya pernah cuba. Tak nampak apa-apa” Balas Afinah. Amarahnya mulai reda. Sekurang-kurangnya dia ada teman berbual.

“Ramai yang nak tengok, tapi tak tahu caranya”

“Ada cara nak tengok ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience