BAB 5

Horror & Thriller Completed 978

“Topi yang Cik pegang tu bukti dia dah tak ada” Balas lelaki itu. “Kalau Cik terus berlari, Laut akan menelan Cik. Sama macam pengantin tu”

“Aku nak mati ke, nak terjun laut ke. Buat apa saudara ambil kisah…Laut ni dah ambil tunang saya. Sekarang ni biar dia ambil saya pulak.” Luah Afinah dengan air mata yagn berderai. “saya dah tak nak hidup”

“sabar Cik. Kalau cik terjun pun, tak mungkin Cik dapat berjumpa dengan dia. Sia-sia nanti Cik ke neraka kerana bunuh diri. Cik tak akan bersama macam pengantin tu”

“Saudara nasihatkan orang macamlah faham sangat dengan apa yang saya alami sekarang ni. Kalau ikutkan, malam ni kami akan bernikah tau. Saya sangat-sangat rindukan dia.”

“Kalau cik sayangkan dia. Cik doakan banyak-banyak untuk dia”

Afinah melihat kedua-dua pengantin yang tadinya memerhatikan kearah laut mulai berpaling kepadanya. Kedua-duanya berwajah pucat kebiruan dengan mata yang kehitaman dan menakutkan. Perlahan-lahan kedua-duanya berjalan menuju kearah Afinah dan lelaki tersebut.

“Lari Cik, pengantin tu nak tarik kita ke dalam laut!!!!” jerit lelaki tadi. Serentak dengan itu Afinah meluaskan langkah lariannnya ke arah bertentangan. Rasa sedihnya kini bertukar menjadi takut.

Kedua-dua pengantin tadi meloloskan diri ke bawah jeti dan tenggelam di dalam laut. Kedua-duanya muncul kembali di permukaan air dengan renangan yang pantas. Tangan kedua –duanya digawang keatas untuk menarik kaki Afinah menerusi lubang-lubang antara kayu. Kesan cakaran kuku kelihatan pada kayu sebaik tangan dihulur untuk menarik kaki mangsa mereka ke dalam air.

Plomp!!!

Afinah terpijak kayu reput dan hampir hilang imbangan badan. Ada sesuatu yang mencengkam kasutnya dari dalam air. Dia meloloskan kaki dan membiarkan kasutnya dicengkam ke dalam air. Kasut yang sebelah lagi turut dicampak ke laut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience