BAB 6

Horror & Thriller Completed 978

Lelaki yang bersamanya tadi sudah tidak kelihatan. Afinah tidak sempat lagi menoleh kemana-mana. Dia mahu segera memijak daratan. Topi yang dipengangnya tadi dicampak entah ke mana.

Arrrghhhh !!!!

Suara lolongan dari dalam air dengan kelibat yang hanya nampak kepala menandakan Afinah tidak lagi diburu. Setelah memusingkan kepala ke kiri dan kanan, perlahan-lahan kedua-dua pengantin hilang dari permukaan air.

Afinah pula berlari ke gerai berhampiran untuk meminta pertolongan.

“Tolong saya.. ada hantu !!!!” Jerit Afinah sebaik melihat beberapa orang lelaki di situ.Semua yang ada memandang ke arah Afinah.

“Cepat ke sini!!! Benda tu tak naik ke darat” laung lelaki berkopiah dari dalam gerai, seolah dapat meneka apa yang berlaku pada Afinah.Dia melambai tangan memanggil Afinah masuk ke kedainya.

Afinah terus duduk di salah satu kerusi di dalam gerai. Nafasnya berombak kencang.

“Nah! Baca Al-Fatihah dan minum air ni” Lelaki berkopiah tadi keluar dari dapur dan menyerahkan segelas air masak. Minuman itu dicapai dan mulutnya terkumat kamit membaca al Fatihah. Kemudiannya dia meneguk air di tangannya perlahan-lahan.

“Apa yang kamu buat sorang-sorang kat Jeti tu” Tanya lelaki berkopiah tadi. Beberapa lelaki yang datang berkerumun ke meja Afinah.

“Saya bukan seorang. Ada lagi seorang kawan tadi. Entah kemana dia lari" Ujar Afinah. Geruhnya mulai berkurangan. Mungkin air yang diteguknya tadi begitu mujarab.

“Lelaki ke?” Suatu suara bertanya.

“Ya. Pakai uniform macam abang tu. Rambut dia botak sikit” Sambung Afinah sambil jarinya menunjuk kearah seorang lelaki di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience