BAB 10

Horror & Thriller Completed 978

“Sampai sekarang ni pun tak ada siapa yang faham perasaan Adik” ucap Afinah sambil mengesat air mata. Dia terus membisu.

Rahmat memberhentikan kereta tidak jauh dari jeti. Dia dan Kak Leha ke situ untuk membawa pulang kereta Afinah.

“Adik jangan keluar. Duduk je dalam kereta. Orang tak bagi ikut tadi, nak ikut jugak. Apa-apa jadi nanti kan susah.” Leter Rahmat kepada Afinah. Adiknya itu hanya membisu.

“Kak Leha bawak kereta ni. Angah je yang pandu kereta adik” Arahnya kepada Kak Leha.

Afinah merenung kearah jeti dan kawasan sekeliling. Matanya tertacap kepada sesuatu yang berada diatas kerusi yang dia duduk semalam.

“Adik nak keluar sekejap” Afinah membuka pintu kereta dan menghala ke arah pantai.

“Angah dah pesan jangan keluar dari kereta!!” jeritan Kak Leha langsung tak dipedulikan. Rahmat yang melihat segera keluar dari kereta Afinah dan mengekorinya.

“kenapa Dik!” Soal Rahmat sebaik melihat Afinah.

“Topi Syabas ni. Adik yakin Hamidun yang letakkan di sini.”

“Adik ni fikir macam-macamlah. Entahkan topi ni tak kemana-mana semalam” Tingkah Rahmat sambil menarik tangan Afinah untuk ke kereta semula.

“Terima kasih, Hamidun ” ucap Afinah sambil memalingkan kepala.

Tiba-tiba angin bertiup kencang dari biasa. Topi yang ada ditangan Afinah melayang semula ke belakang. Dia meloloskan tangan dari pegangan Rahmat dan berlari mengejar topi Syabas. Topi itu jatuh betul-betul diatas kerusi, tempat Afinah mengambilnya tadi.

Suara garau Hamidun mencecah cuping telinga Afinah. “ Saya dah sampaikan salam Cik kepada Syabas. Dia minta Cik teruskan hidup macam biasa. Perjalanan hidup dan cinta dia dengan Cik setakat ini sahaja, dan Cik masih lagi ada laluan hidup yang perlu ditempuhi. Dia juga minta Cik doakan dia selamat di sana..”

Afinah terdiam sambil memegang topi Syabas di tangan. Matanya cuba mencari empunya suara namun sia-sia.

“Adik, jom balik. Angah rasa seram semacam je ni!” Rahmat datang semula dan menarik tangannya untuk pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience