BAB 8

Horror & Thriller Completed 978

“Mana kereta Adik?” lelaki yang keluar dari kereta Volkwagen Passad tadi bertanya. Afinah menunjuk kearah sebuah kereta pesona berwarna biru yang dipakir berhampiran jeti.

“Bak kunci. Angah dan Kak Leha pergi ambik” lelaki tadi memberi arahan.

“Adik tak boleh bagi Angah dan Kak Leha ke sana. Bahaya!”

“Bahaya apanya?. Papa tak bagi kamu drive dalam keadaan macam ni” Tuan Munawar meningkah.

“sana ada hantu air,Papa” terang Afinah. Semua yang ada memandang kearahnya.

“Apa yang kamu merepek ni adik? Bagi ajelah kunci tu. Lepas ni, kita balik rumah ya, Dik” Hajah Triana memujuk.

“Apa yang anak tuan cakap tu betul. Kami yang berniaga kat sini pun tak berani nak ke jeti tu malam-malam. Jadi apa-apa nanti, susah” Pak Abu yang tadinya hanya memerhati bersuara.

“kalau dah macam tu. Esok saja kita ambil” Tuan Munawar memberi keputusan. Afinah beriringan ibunya berjalan memasuki kereta.

“Adik dah Ok ke?” Iskandar yang dipanggil Angah bertanya. Mereka bertiga pulang ke rumah dengan satu kereta.

“Adik Ok, Ngah. Apa yang jadi tadi buat adik tersedar la. Ingatkan hantu pengantin tu romantik, rupanya nak perangkap orang sahaja” Cerita Afinah.

“Adik nampak pengantin tu… Cantik tak” Kak Leha di kerusi belakang bertanya.

“Cantik sangat Kak…sampai nak terkeluar biji mata diaorang” ujar Afinah.

“Ish..seram la pulak”

“Siapa pengantin-pengantin tu? Adik tahu tak?”

“Adik pun baru tahu. Pak Abu yang cerita. Sebenarnya kedua-dua pengantin tu memang sudah berkahwin, kahwin lari. Akhirnya mereka tertangkap. Pihak perempuan tidak sukakan pengantin lelaki. Sebab dia hanya bekerja sebagai sebagai pembantu di kedai besi buruk mereka sahaja. Pengantin perempuan tu anak tokey kedai tu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience