BAB 4

Horror & Thriller Completed 978

“Haa.. tu la saya cakap tadi. Ramai yang buang masa menunggu sahaja. Mula-mula Cik tengok matahari merah yagn mulai jatuh tu. Kemudian pejamkan mata. Buat kiraan sampai sepuluh, lepas tu buka mata perlahan-lahan. Cik kena buat sekarang”

Afinah pun melaksanakan saranan lelaki tadi. Apabila matanya dibuka perlahan-lahan, ternampaklah sosok lelaki dan perempuan berpegangan tangan di hujung jeti. Yang lelaki berkot lengkap dan yang perempuan bergaun pengantin labuh berwarna putih. Muka mereka tidak kelihatan kerana menghadap kearah matahari jatuh.

“Saya nampak diaorang la” Jerit Afinah ceria.

“Abang, saya nampak pengantin senja” Jeritnya lagi sambil mencium topi yang dipegang tadi.

Afinah memerhati dengan penuh minat. Kedua-dua mempelai di jeti itu tidak bergerak-gerak langsung. Kelibat mereka kelihatan jelas berlatarkan warna kemerahan matahari jatuh.

Selang beberapa minit, Afinah bangun menuju ke arah jeti.

“Cik nak ke mana?, jeti tu bahaya. Kayunya dah reput” Lelaki yagn menemaninya tadi bersuara.

“Aku nak jumpa pengantin tu!!!” Afinah yang tadinya berjalan menukar langkah berlari. Kakinya mulai memijak kayu-kayu yang dijadikan lantai jeti.

“kalau Cik nak mati, di sini bukan tempatnya” lelaki tadi melaung sambil berlari.

“Dan kalau Cik mati, belum tentu Cik dapat berjumpa dengan tunang cik”

Larian Afinah diatas jeti tiba-tiba terhenti. “Macammana awak tahu pasal tunang saya?”

“saya nampak Cik berdua masa mula-mula datang ke sini dulu”

“Macammana awak tahu dia dah tak ada?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience