BAB 9

Horror & Thriller Completed 978

“macammana diaorang boleh tersangkut kat sini pulak?” Kak Leha menyampuk.

“Pengantin lelaki kena belasah teruk selepas mereka tertangkap. Dia dikurung di dalam sangkar anjing milik tokey tersebut. Entah macam mana, pengantin perempuan yang dikurung di bilik dapat melepaskan diri. Dia pun ambil kesempatan lepaskan suami dia. Mereka berdua melarikan diri ke Bandar. Sewa pakaian kot dan gaun kahwin di salah satu butik terkenal kat Bandar tu. Lepas tu mereka ke sini berdua untuk membunuh diri bersama dengan pakaian kahwin tu”

“Wah! Boleh tahan jugak cerita ni. Antara dua darjat ni” Ulas Zulkarnain. Dia memperlahankan kereta untuk mendengar cerita Afinah.

“Angah bawak kereta elok-elok. Nanti kita pula yang ke laut” Tegur Kak Leha.

“Ada lagi tau. Masa diaorang terjun ke laut tu. Anak Pak Abu yang nama Hamidun tu nampak. Apa lagi, dia pun terjun ke laut untuk selamatkan pasangan tu. Malangnya, pasangan tu memang tak mahu diselamatkan, lalu Hamidun ditarik bersama lemas di kawasan jeti tu. Lepas tu, semua yang ke jeti itu akan ditarik untuk lemas bersama di dalam laut. Mujur jeti itu sudah ditutup, selepas tsunami dulu. Ada jeti baru yang dibina tidak jauh dari sini”

Mereka terdiam seketika selepas mendengar Afinah bercerita.

“Topi Syabas dah hilang masa adik lari tadi” luah Afinah dengan nada sedih.

“Adik kena lupakan dia. Adik jadi macam tadi pun sebab masih terkenang-kenangkan orang yang dah tak ada” Nasihat Kak Leha.

“Jasad dia sahaja yang tak ada Kak. Dalam hati ni, Syabas masih hidup. Kalau boleh Adik nak jadi macam hantu pengantin tu. Sehidup semati”

“Adik jangan buat gila. Yang pergi takkan kembali lagi tau. Doakan sahaja untuk tunang adik tu” Nasihat Kak Leha lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience