Alhamdulillah! Aku dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Sebenarnya, aku agak kecewa sebab tidak dapat masuk ke universiti macam kawan-kawan yang lain. Tapi aku percaya setiap aturan Allah adalah yang terbaik buat aku. Just go with the flow. Kali ini aku banyak merasai pengalaman baru. Aku tinggal di asrama jauh dari keluarga ku. Aku jumpa semuanya kawan-kawan baru. Sistem pembelajaran pun baru. Tahun ini STPM di panggil PRA-U jadi sistem kami sama macam di universiti. Kami mengambil tiga semester untuk lulus.
Sepanjang pembelajaran aku di sana ada macam-macam pengalaman. Ada manis, pahit, seram pun ada. Tapi kali ini aku cuma mahu cerita kisah cinta aku. Yang lain, nanti aku cerita di novel baru ya. Semester pertama seperti biasa sesi suai kenal. Aku memilih aliran sejarah. Dalam kelas aku cuma ada lapan belas orang. Pelajar putra cuma lapan orang dan sepuluh lagi pelajar putri. Aku mudah menyesuaikan diri dengan mereka semua. Kebanyakannya memang belajar di sini sejak tingkatan 1. Tahun ini aku memang mahu belajar bersungguh-sungguh. Tiada intentions langsung untuk bercinta. Lagi pun kami semakin dewasa ada banyak lagi yang mahu difikirkan.
Tapi apakan daya memang menjadi lumrah manusia untuk tertarik antara lelaki dan perempuan. Waktu sukantara sekolah kami diwajibkan untuk mencuba semua jenis sukan. Acara lari, lompat jauh dan banyak lagi. Dalam sibuk bersukan aku ternampak seorang pelajar lelaki (kami panggil putra) yang menarik perhatian ku. Dark, tall and handsome. Dia boleh di masukkan dalam kategori itu. Tidak lah sehensem Remy Ishak, tapi manis sedap mata memandang. Semenjak dari hari itu, aku suka mencuci mata melihatnya dari jauh. Aku tidak berharap apa-apa. Cukup sekadar admire dri jauh.
Sebenarnya dia sama kelas dengan aku. Cuma bila berada di kelas aku cuba control mata untuk tidak melihat dia. Malah kami tidak pernah berinteraksi. Aku seolah-seolah mengelak mungkin kerana malu. Sedangkan dengan putra yang lain aku sering berbual kecuali dia. Perlakuan ku ditangkap oleh kawan karib ku Nur. Nur perasan yang aku asyik bertanya tentang dia. Tanya nama lah, sudah berpunya atau belum lah, no telefon lah. Akhirnya dengan persolan ku itu semua Nur tahu aku meminati dia selama ini. Nur mendorong aku untuk mendekati dia memandangkan dia memang single "Why not?" Kata Nur.
Di jadikan cerita, aku dapat no telefon dia. Aku memberanikan diri mencuba text dia. Tiada balasan. Aku tunggu lagi seminggu untuk cubaan kedua. "Assalamualaikum" sent!
"walaikumsalam" received. MasyaAllah! Ketika itu hanya Allah saja yang tahu bertapa gembiranya aku dapat balasan text dari dia. Nur tertawa kecil melihat aku terkinja-kinja. Kerana terlalu gembira, aku jadi gabra tidak tahu mahu membalas textnya bagaimana. Akhirnya, aku tidak membalasnya. Aku biarkan ada unsur suspend di situ. Barulah dia tertarik nak tahu siapa aku. Betul tak?
Share this novel