Kekasih pertamaku

Romance Series 3045

Aku berumur 13 tahun ketika menjejak kaki ke sekolah menengah. Ternyata sekolah menengah jauh bebeza dengan sekolah rendah dahulu. Lebih mencabar! Pelajarnya sangat ramai. Aku terasa begitu kerdil sekarang. Tidak dikenali, tidak mengenali siapa-siapapun. Lama ke lamaan aku membiasakan diri. Sekarang aku suda mempunyai geng (kawan). Ketika itu geng adalah satu trend. Setiap satu geng akan duduk berkelompok-kelompok walaupun di dalam satu kelas. Ada geng budak pandai, geng budak nakal, geng budak alim, geng budak hot dan macam-macam lagi la. Geng aku kategori yang dikenali juga lah. Sebab kawan-kawan aku semuanya cantik-cantik. Boleh cakap dalam group itu cuma aku yang paling tidak menarik. Tapi aku selesa dengan keadaan aku itu. Tidak lah aku jadi bahan bualan pelajar lain.

Masuk semester ke dua. Satu hari aku jumpa sekeping kertas berlipat-lipat kemas dari dalam laci aku. Isi kandunganya menyatakan mahu berkawan dengan aku. Tertulis namanya di bawah surat Firul. Aku pelik juga, betul kah surat ini untuk aku. Entah-entah salah meja dia letak. Aku tidak pedulikan surat itu. Tiba-tiba waktu rehat dia yang bernama Firul datang kepadaku. Orangnya bertubuh besar sekali ganda dari aku. Kulitnya sawo matang. Matanya sepet. Ada lesung pipit di pipi kiri. Aku macam kecut juga tengok dia datang menghampiriku. Semua pelajar di kantin melihat kami. Dia menyatakan hasrat mahu berkawan denganku. Aku dalam keadaan agak takut dan tidak selesa mengangguk tanda setuju.

Bermula dari itu, kami menjadi kawan rapat. Rupanya orangnya tidak lah menakutkan. Tubuhnya besar kerana dia pemain rugby sekolah. Apabila waktu rehat, dia akan jemput aku depan kelas dan turun ke kantin bersama. Makan duduk di meja sama-sama. Aku rasa seronok juga. Sekurang-kurangnya aku tidak lah nampak tidak laku sangat. Ada juga yang mahu berkawan dengan aku. Lama-kelamaan pelajar-pelajar lain cop (anggap) kami sebagai pasangan couple. Ya waktu itu memang menjadi satu trend untuk ber-couple. Firul tanya aku, "nak tak jadi couple betul?" aku angguk sahaja mengiyakan. Jadi boleh dikatakan Firul boyfriend aku yang sah yang pertama tercatat dalam sejarah hidup aku.

Suatu hari Firul mengalami kemalangan sewaktu berlatih di padang rugby menyebabkan kakinya patah. Dia diberi cuti selama dua minggu. Dalam seminggu tu bernafas juga aku. Kalau tidak asyik berkepit saja dengan Firul buat aku naik lemas juga. Waktu itu, aku sudah mempunyai telefon sendiri. Jadi kami berhubung melalui text mesej sahaja. Tapi tidak selalu, maklum lah aku tidak punya banyak duit mahu top up selalu. Tiba-tiba Firul muncul di sekolah. Sepatutnya ada baki seminggu lagi cuti dia. Rindukan aku katanya sebab tu datang sekolah. Hhemm aku layankan saja lah. Kesihan juga aku tengok dia datang bertongkat. Setiap pagi aku akan tolong bawa tongkatnya sebelah dan dia naik tangga dengan satu tongkat lagi. Beg sekolahnya ada kawan yang tolong bawa. Firul ini sebenarnya agak bossy tambah lagi dia pengawas sekolah. Itulah senang saja dia nak minta tolong siapa-siapa. Kalau ada budak yang mahu dekat dengan aku pun dia jentik saja budak itu dah hilang. Mulai dari hari itu, kami cuma rehat di dalam kelas. Aku yang akan turun ke kantin belikan dia makanan dan naik semula makan bersama. Waktu mahu pulang pula, aku bantu dia turun tangga dengan bawa satu tongkat dia. Hari-hari macam itu lah aktiviti aku sampai lah kaki Firul sembuh.

Masa berlalu, aku sudah couple dengan Firul dalam 3 bulan. Tiba-tiba aku sampai tahap macam bosan dan fed-up dengan Firul. Aku sendiri tidak pasti kenapa. Dia tiada buat apa-apa salah pun. Cuma aku rasa macam lemas dan macam mahu keluar dari kongkongan dia. Satu petang kami stay di sekolah. Aku ajak serius talk dengan Firul. Aku bagi tahu mahu break (putus). Dia minta sebab kenapa mahu break. Aku tiada sebab kukuh. Cuma mahu berhenti dan berkawan biasa. Mulanya Firul tidak mahu. Tapi aku pujuk yang kami akan tetap kawan. Dia setuju tapi dia minta satu barang kepunyaan aku untuk jadi kenang-kenangan. Aku bagi sapu tangan kesayangan aku.

Mulai dari hari tu kami cuma berkawan biasa. Aku rasa bebas sangat. Waktu rehat aku boleh keluar makan dengan siapa-siapa saja kawan aku. Kadang-kadang Firul ada ajak aku keluar makan waktu rehat. Tapi aku boleh menolak sebab dia kawan aku saja kan? Bukan kekasih hati lagi. Memang aku nampak kejam disini. Tapi demi kebaikan aku sendiri. Aku bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience