Nama ku Mastiqa. Sekarang aku sudah berumur 26tahun. Aku sudah berkahwin dan dikurniakan anak perempuan yang sangat comel. Aku terasa mahu berkongsi pengalaman percintaan aku sehingga aku bertemu dengan suamiku.
Aku bermula dengan cinta monyet di zaman kanak-kanak. Maklum lah waktu aku sekolah rendah dulu ibuku suka menggayakan rambutku dengan pelbagai gaya tocangan rambut. Gaya rambutku menjadi perhatian budak-budak lelaki lain. Tambahan lagi dulu aku seorang pengawas sekolah. Jadi memang mudah untuk dikenali. Waktu sekolah rendah aku tidak tahu apa artinya bercinta. Cuma yang aku tahu suka sama suka. Aku berkawan rapat dengan seorang budak lelaki bernama Joe. Budaknya berhati baik tapi perilakunya jajal (nakal). Mungkin kerana mahu nampak hebat dia memilih untuk jadi nakal. Waktu itu kami belum mempunyai telefon bimbit. Jadi kami hanya berbual dan berjump d sekolah. Ada satu hari aku tidak boleh lupa tentang Joe. Dia tidak hadir ke sekolah. Ke esokannya dia datang sekolah dengan bibir yang agak bengkak. Dia jadi bahan ejekkan. Aku sebagai kawan rapatnya mempertahannya dan memarahi budak-budak yang mengejeknya. Rupanya Joe alergi kepada makanan laut. Kesihan betul aku melihat dia waktu itu.
Tidak lama kemudian masa berlalu sehingga kami berda di tahun terakhir sekolah rendah. Kami masi berkawan macam biasa. Satu hari ada pelajar perempuan baru di pindah ke kelas kami. Budaknya cantik, berpinafo dan bertocang 2. Dia agak berbeza dengan kami yang berbaju kurung ketika itu. Aku pula sudah mula memakai tudung pada tahun akhir itu. Dengan mudahnya dia menjadi popular di sekolah itu. Ramai budak-budak lelaki cuba mendekatinya termasuklah Joe. Semenjak dari itu Joe kurang datang ke mejaku untuk bermain atau berbual. Tapi aku tidak juga rasa cemburu. Aku cuma menganggap Joe sudah beralih arah.
Setelah tamat pengajian sekolah rendah, kami masuk ke sekolah menengah. Jadi mulai dari hari itu, aku dan Joe berpisah tiada khabar kerana kami masuk ke sekolah menengah yang berlainan. Sebenarnya sekolahku dna sekolahnya tidak berapa jauh. Masih di pekan yang sama. Cuma waktu itu kami tiada telefon untuk berhubung. Jadi persahabatan kami gantung begitu sahaja.
Share this novel