Crush land on you

Romance Series 3045

Hari ni setiap pelajar kena mengikuti aktiviti ko-kurikulum. Mula-mula sekali aktiviti kelab. Aku memilih kelab sketsa. Seronok dapat belajar berlakon di atas pentas. Aktiviti pertama perjumpaan kelab ialah suai kenal. Senior akan mula dulu memperkenalkan diri. Aku tertarik dengan seorang senior ini namanya Farid. Dia berada di tingakatan 4 dan aku memang selalu suka tengok dia berlakon sketsa. Dia memang selalu mewakili sekolah dalam sketsa. Sebenarnya salah satu sebab juga kenapa aku masuk kelab sketsa ini. Untuk cuci mata kata orang.Tapi aku sedikit pun tidak dapat menarik perhatiannya. Maklum lah aku ni budak junior biasa-biasa saja. Cukup la sekadar crush sahaja.

Naik tingkatan 2, aku memilih masuk aktiviti kelab beruniform yang lebih mencabar iaitu Persatuan Kedet Bersatu Malaysia (Udara) atau PKBM(U). Aku memang tidak menyesal menyertai persatuan ini. Seronok! Banyak aktiviti yang aku sertai. Perkhemahan, kawad kaki dan latihan di luar lapangan. Kebetulan juga Firul sertai persatuan yang sama. Hhemm nampaknya dia masih tidak move on. Dalam batch aku, tingakatan 2 cuma aku seorang sahaja perempuan. Jadi aku mendapat perhatian cikgu persatuan itu. Aku diberi tanggungjawab sebagai setiausaha persatuan. Makin semangat lah aku membuat aktiviti kokum.

Satu petang aku dan kawan-kawan lepak depan astaka tengok pertandingan Rugby persahabatan dengan sekolah lain. Kami memberi sokongan padu kepada sekolah kami. Aku perasan ada seorang pemain berbadan kecil tapi lincah. Aku hairan macam mana badan kecil macam ini boleh masuk pasukan rugby? Tapi dalam aku hairan, nampak wajah comelnya dari tengah padang. Matanya bulat, badanya kurus. Aku tangkap no jersinya dalam ingatan ku. No. 14.

Macam biasa setiap hari rabu kami akan buat aktiviti kokurikulum. Aku duduk dalam bilik cikgu untuk selesaikan laporan kokurikulum. Tiba-tiba seseorang ketuk pintu. "sir Azlin ada?" tanyanya. Aku jawab sambil menulis "tiada". Kemudian dia berdiri diluar pintu menunggu saja. Aku nampak dia lengkap beruniform PKBM. Oh mungkin ada urusan tentang PKBM la sangkaan ku. Tidak lama kemudian Sir Azlin datang. Baru lah dia masuk. Sedang dia sibuk berurusan dengan cikgu aku curi-curi pandang mukanya. Eh macam pernah nampak. Tapi dimana ya? Bisikku dalam hati. Kemudian datang gerombolan budak-budak rugby memenuhi bilik cikgu. Aku jadi tidak selesa. Nasib baik ada cikgu di situ kalau tiada, mesti aku sudah blah. Kebetulan cikgu Sir Azlin adalah guru pelatih rugby jadi tidak hairan budak-budak rugby selalu lepak dalam bilik ini. Selesai laporan aku cepat-cepat aku mahu keluar. Tapi kena lalu budak-budak rugby baru sampai ke pintu. Aduh! Aku tunduk meluru laju ke pintu. Sampai depan pintu aku tarik nafas lega. Fuhh. Di luar pintu aku ternampak orang yang ketuk pintu cikgu tadi. Tapi dia dah ganti baju jersi rugby  No 14. Ahh! Sekarang aku tau siapa dia. Pemain rugby yang kecil lincah di tengah padang! Patut lah macam pernah nampak. Aku perasan dia senyum. Aku tidak tahu mahu bertindak macam mana. Terus berpaling dan berjalan laju. Tiba-tiba dahiku berkeringat. Jantungku berdegup laju. Malu agaknya.

Tidak boleh ku lupa senyumannya. Mukanya lebih comel bila dilihat dengan lebih dekat. Baby face. Matanya bulat, giginya bersuli cair aku melihatnya. Mulai dari hari itu aku mula mencari tahu tentang dia. Rupanya dia senior tingkatan 4 kelasnya tidak jauh dari kelas ku. Aku memang selalu cuci mata tengok dia. Di tapak perhimpunan, setiap kali dia lalu depan kelas aku, setiap kali perjumpaan PKBM dan mulai dari hari itu aku jadi peminat sukan rugbi. Aku tidak pernah terlepas melihat dia bermain di padang. Tapi ada pula yang perasan. Firul ingat aku datang mahu tengok dia bermain di padang. Malas aku layan.

Akhirnya aku dapat no telefon dia. Namanya juga aku sudah tahu. Hamidun nama panggilannya Ami. Aku mula text mesej dia untuk berkenalan. Wahh! Bertuahnya aku dia balas. Kami mula berkenalan dan terus berhubung melalui text mesej. Sampai minggu ke dua dia tertanya-tanya siapa aku. Mau bersemuka dengan aku. Dan kami berjumpa depan bilik Sir Azlin. Waktu berjumpa aku jadi malu yang amat. Dia steady saja. Kami berbual-bual kosong. Aku rasa bersyukur sebab dia  berasa selesa dengan aku. Kami masih teruskan berkawan dan sering berbalas text. Tapi jarang berjumpa.

Memang aku ada menyimpan hasrat untuk couple dengan Ami. Tapi aku tahu tidak akan terjadi. Aku tahu cara layanan dia kepada ku cuma biasa-biasa saja. Tambahan lagi, dia ajak aku untuk jadi adik angkat dia. Huh! Aku tidak tahu mahu gembira atau sedih. Ya lah jika jadi adik angkatnya aku jadi semakin rapat dengan dia tetapi harapan mahu couple semakin kabur. Aku terima saja mahu jadi adik angkat. Sekurang-kurangnya aku masih boleh text dia macam biasa.

Satu hari, ada kakak senior datang terjah aku. Dia bagi amaran dekat aku supaya tidak berhubung lagi dengan Ami. Aik! Pelik siapa dia? Lepas balik sekolah aku text Ami tanya siapa kakak senior itu? Kenapa dia terjah aku macam itu? Ami berlapis-lapis bahasa ketika mahu bagi tahu aku. Mula-mula dia minta maaf. Lepas itu dia mengaku itu girlfriend dia. Baru couple seminggu. Auch! Lebur hati aku. Aku tidak boleh buat apa. Aku tidak boleh marah atau merajuk. Sebab dia abang angkat aku sahaja pun. Malah aku berpura-pura sokong hubungan mereka. Tapi hubungan mereka tidak lama. Aku tau sangat Ami tidak berapa suka perangai perempuan yang macam kakak senior itu. Suka cari perhatian, suka cari gaduh macam bagus sangat!

Hubungan abang adik angkat aku dengan Ami masih berterusan sampai la dia tamat sekolah. Semakin lama kami terputus hubungan. Ami sudah tamat sekolah, banyak lagi yang dia perlu kerjakan di luar sana. Aku pula baru setahun jagung, baru mahu merasa kehidupan remaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience