Kisah ini ada bersangkut paut dengan chapter Semanis Biskut. Nazrin bekas boyfriend alam maya aku itu muncul semula. Kali ini kemunculannya agak lama dan meninggalkan kesan yang mendalam. Nazrin sudah tamat persekolah dan sekarang berada di daerah ku mengikut abangnya (suami sepupuku). Mungkin sebab itukah cinta perputik semula?
Rumah sepupu ku cuma bersebelahan sahaja dengan aku. Jadi kerap juga lah aku terlihat Nazrin keluar masuk rumah. Kami mula berhubung seperti biasa. Saling berbalas-balas pesanan di telefon. Kadang kala dia berani juga membuat panggilan di tengah malam. Dengan mudah aku terjatuh cinta semula dengan dia. Kerana Nazrin sering beri ayat manis kepada ku. Tambahan lagi rupanya yang tampan membuatkan aku tidak menolak dia.
Buat seketika aku sangat bahagia mempunyai pasangan seperti dia. Tapi hubungan kami umpama hubungan terlarang kerana tidak diketahui ibu bapa. Walaupan sebenarnya ahli keluarga lain tahu kami berhubung. Cuma aku sendiri tidak dapat mentafsir erti perhubungan ini. Mahu dikatakan bercinta tidak, sebab kami tidak pernah mengucapkannya. Tapi dia kadang kala memanggil ku 'sayang'. Adakah Nazrin hanya memainkan perasaan aku? Atau dia sekadar mengisi kekosongan hatinya?
Kemudian persolanku terjawab. Suatu hari di majlis perkahwinan sepupu ku. Nazrin mengirim pesanan kepada ku untuk mendengar lagu yang bakal dia sampaikan. Dewi Sukma! Nyanyiannya sangat merdu. "Tinggi sungguh angan dan impian memetik bunga di taman larangan... Tinggallah cuma bayangan tak tergapai oleh tangan untuk memetik mu sayang ku persembahkan pada malam". Nazrin meminta aku memahami lirik lagu itu. Dan akhirnya aku faham. Dia baru menamatkan sekolahnya dan ingin mencari pekerjaan. Manakala aku pula berada di tahun akhir sekolah. Nazrin mahu aku fokus dengan pelajaranku dan melupakan dia. Sememangnya aku sedih. Tapi apa yang dia katakan memang benar. Akhirnya kami memutuskan untuk tidak lagi berhubung antara satu sama lain. Hubungan romantis antara aku dan Nazrin jadi kenangan.
Share this novel