BUDAK BARU
Tahun ini kelas aku diberi keistimewaan. Kelas aku ada penghawa dingin. Mungkin kerana bilangan kami sedikit cuma lima belas orang dan kami mengambil aliran bahasa arab. Aku sudah merdeka dari PMR tahun lepas jadi tahun ini agak santai. Aku dapat rasakan tahun ini aku boleh belajar dengan lebih aman daripada masalah cinta. Kerana dalam kalangan kawan-kawan aku cuma aku seorang sahaja yang tidak mempunyai pasangan (couple). Jadi aku cuma akan jadi pendengar kepada kawan-kawanku tentang masalah cinta mereka. Dimana ia tidak mendatangkan masalah kepadaku.
Tahun ini kelas kami menerima lima orang pelajar baru. Kesemuanya lelaki. Setiap seorang dari mereka ada perangai masing-masing. Diantara mereka Botak dan Aman berperwatakan lucu selalu membuat kami tertawa. Fakrul dan Ajik pula jenis cepat mesra dan mudah selesakan diri dengan kami. Manakala Shamil pula ada perangai tersediri yang bagi aku agak pelik.
Antara lima orang itu aku perasan Shamil cuba mendekati aku. Aku tahu apa sebab dia pilih aku sebab cuma aku seorang saja perempuan di dalam kelas itu yang belum berpunya. Sebab aku tidak rasa pun aku ni cukup menarik bagi dia. Namun cara Shamil mendekati aku sangat berbeza dari yang lain. Dia lebih berani. Dia selalu datang ke mejaku bercakap dengan aku dan mengusik aku. Kadang-kadang secara terang-terangan dia mengatakan suka kepada ku membuatkan aku tidak selesa. Pernah sekali waktu rehat, semua sudah mula beredar dari kelas untuk ke kantin. Sementara aku mengemas meja sebelum keluar kelas tiba-tiba Shamil datang ke arahku. Rupanya tinggal kami berdua di dalam kelas. Aku cepat berlari menuju pintu. Aku tidak mahu cari masalah dengan mamat shamil ini. Tetapi Shamil lebih laju dari aku. Dia halang laluan ku sehingga aku tersandar dinding betul-betul di bucu kelas. Shamil bediri tepat di hadapan ku sambil mendepa kedua tanganya untuk menghalang aku pergi. Matanya pula terbuka besar meliar ke sana sini seperti di rasuk hantu. Syamil mengomel sendirian dengan suara perlahan. "aku suka kau! Aku suka kau!" katanya. Ketika itu jantung ku berdebar laju kerana ketakutan. Aku menjerit "tolonggg!" Dushh! Pintu terbuka. Kawan-kawan aku datang dengan muka cemas mencari suaraku. Kemudian Shamil berundur sambil ketawa. "aku bergurau saja lah" ketawanya berdekah-dekah. Kawan-kawanku mendapatkan aku. Mereka sendiri tidak percaya yang Shamil bertindak sedemikian.
Kawanku melaporkan kejadian itu kepada cikgu. Shamil di panggil ke bilik disiplin dan di beri amaran. Semenjak dari kejadian itu aku tidak berani lagi menatap matanya. Dia berkali-kali juga meminta maaf dari aku. Walaupun sudah aku katakan yang aku memaafkannya. Aku serik! Apa seeloknya aku ada pasangan sekarang supaya tidak diganggu lagi?
Masuk semester kedua tahun ini. Kami banyak melibatkan aktiviti kokurikulum. Kami semua dua puluh orang di dalam kelas itu semakin serasi. Kadang kala aku perasan yang Aman ada cuba mendekati aku. Tapi aku cuba buat-buat tidak tahu. Sebab aku lebih selesa berkawan dengannya. Bila dengan Aman aku rasa seronok mendengar cerita-cerita dia dari sekolah lamanya. Kadang-kadang kami bergurau kasar tapi aku tidak tersinggung sama sekali. Ada juga kawan-kawan mahu kami couple. Tapi tidak lah aku lebih suka berkawan lebih selesa dan tidak banyak tanggungjawab. Aku boleh anggap Aman salah seorang dari kawan baik aku.
Share this novel