BAB 4

Humor Completed 424

"Aku mahu dikuburkan sekali dengan matatu kesayangan aku ini. Kalau
boleh, aku nak tidur sekatil dengan matatu ini." Tuan Albert ketawa
semula sehingga air liurnya terpercik ke stering matatunya.

"Oh... Maaf tuan. Saya ingat tuan mahu jualmatatu tuan..."

"Ya... memang aku nak jual matatu aku, tapi bukan yang ini." Tuan
Albert turun melalui pintu hadapan dan terus melangkah laju keluar dari
matatunya yang berkilat itu.

“Tuan nak jual yang mana?” soal Watie .

"Mari ikut aku!" Tuan Albert mengajak Watie mengikutinya. Lalu tanpa
banyak soal, Watie mengekori Tuan Albert dari belakang. Mereka meredah
semak dan belukar kecil di bahagian belakang rumah Tuan Albert sehingga
terjumpa satu bangsal kayu usang yang hampir roboh. Tuan Albert membuka
pagar kayu yang longgar dan menuju ke dalam bangsar lalu membuka penutup
plastik hijau yang menutupi sesuatu yang agak besar.

"Ini dia... Aku mahu jual yang ini." Tuan Albert mengalihkan penutup
plastik itu maka muncullah sebuah matatu lama yang sudah dimamah usia.
Jantung Watie jeda seketika melihat keadaan matatu kelabu yang usang
itu disebalik semak samun dan belukar yang tidak berjaga. Badannya sudah
berkarat dan ada banyak najis-najis burung yang berlonggok di atasnya.
Pintu hadapan sebelah kanan sudah agak senget. Keempat-empat tayar
matatu itu sudah pancit. Watie mendengus kecil. Hatinya bercampur-baur
melihat matatu yang berada di hadapan matanya. Impiannya untuk
memiliki sebuah matatumungkin sudah musnah. Walaupun agak kecewa, Watie
memberanikan diri menyoal Tuan Albert.

"Tuan mahu jual yang ini?" Watie bertanya sambil jari telunjuknya
dihalakan ke arah matatuyang buruk itu.

"Ya." Jawab Tuan Albert.

"Berapa?" Watie bertanya harganya sekadar ingin tahu. Namun Tuan Albert
tidak pantas menjawab. Agak lama dia berfikir dan merenung matatu yang
berusia lebih dari lima belas tahun itu yang banyak berjasa kepadanya.
Tuan Albert berkira-kira pula jika dia benar-benar mahu menjual matatu
yang sudah uzur itu.

Setelah agak lama berteleku, Tuan Albert menyoal Watie . "Kamu mahu
membelinya?"

"Jika harga tuan berpatutan," balas Watie bermain tarik tali.

"Hmm... Watie , matatu ini banyak berjasa kepada aku. Walaupun aku sudah
mempunyai matatu yang baru dan cantik, aku masih menyimpan matatu
ini." Tuan Albert membuang debu yang melekat di badan matatu yang
sudah usang itu.

“Tapi sayang, matatu ini sudah buruk dimamah usia,” komen Watie .

"Ia usang kerana terbiar. Jadi, aku nak cari orang yang boleh menjaganya
dengan baik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience