BAB 2

Humor Completed 424

"Tak usahlah Watie ... Kita tak mampu nak beli sebuah matatu." Ibunya
membantah. Tangan kanannya masih lagi cuba menghidupkan dapur kayu
supaya makan malam dapat dihidangkan buat ketiga-tiga anaknya.

"Tapi ibu... Watie baru dapat tahu yang Tuan Albert nak jual matatunya
dengan harga yang amat murah. Watie nak pujuk Tuan Albert agar
mengurangkan lagi harganya." Watie enggan mengalah.

“Kita ni bukannya orang kaya, Watie . Mana kamu nak cari duit untuk beli
sebuah matatu? Kalau dikumpul semua duit upahan ibu sepanjang tahun
pun, tak akan boleh beli walau satu tayar matatu Tuan Albert. Jangan
harap ibu boleh tolong!" Ibunya menggerutu dengan suara yang agak dalam.

"Ibu usah bimbang. Watie tahu apa yang Watie nak buat. Watie nak tanya Tuan
Albert sendiri kalau dia memang betul-betul nak jual matatunya dengan
harga murah,” balas Watie sambil bangun daripada tempat dia mencangkung
sebentar tadi. Tanpa mendapat persetujuan ibunya, Watie terus melangkah
pergi. Ibunya hanya menggeleng kepala melihat gelagat Watie . Sebagai ibu,
Puan Cipunda sudah mahir benar dengan perangai anaknya itu. Jika Watie
mahukan sesuatu, dia tidak mudah mengalah. Puan Cipunda sudah tidak
hairan dengan Watie . Samada dia membenarkan atau membantah, Watie akan
meneruskan niatnya jika dia benar-benar mahu.

PAGI esoknya, Watie pun berjalan ke rumah Tuan Albert yang terletak
lebih kurang satu kilometer dari rumahnya untuk menawarkan harga yang
murah buat matatu idamannya.

"Jika aku dapat matatu ini, mudahlah sikit buat aku menyara hidup."
Watie berkata di dalam hati.

Apabila sampai sahaja di hadapan pintu rumah Tuan Albert, Watie melihat
Tuan Albert sedang membelek-belek stering matatunya sambil menghisap
cerut Havana kesukaannya. Asap yang keluar dari cerut itu bisa membuat
sesiapa pun loya kecuali Tuan Albert.

"Ah! Watie ... mari sini!" Jeritan Tuan Albert membelah kesunyian di pagi
hari yang lengang. Tanpa banyak soal, Watie pun berjalan laju ke arah
Tuan Albert yang asyik melayan matatunya bak permata yang tinggi
nilai.Matatu berwarna kuning itu masih lagi elok dan berkilat malah
bercahaya apabila dipantul oleh cahaya mentari. Tuan Albert sememangnya
menjaga matatunya dengan begitu baik sekali. Setiap hari
digilapnyamatatu yang berwarna terang itu dengan penuh kasih sayang.
Sesekali Tuan Albert akan bercakap dengan matatunya dan menepuk-nepuk
badan matatu seolahmatatu itu ialah anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience