BAB 7

Humor Completed 424

"Sama-sama... jaga elok-elok ya!" Tuan Albert menepuk bahu Watie sekali lagi.

SEJAK hari itu, Watie pun mula memberikan wajah baru buatmatatunya.
Bukan sahaja matatu itu diberikan wajah baru, ia juga dicat dengan
pelbagai warna dan dilukiskan poster yang besar di sekeliling badannya.
Gambar wajah Justin Bieber dan pokok pisang tersergam megah di sekeliling
matatu Watie yang sudah berubah wajah. Sengaja Watie memilih gambar
Justin Bieber kerana mendiang bapanya amat gemar mendengar lagu Justin Bieber .
Walaupun mereka tidak mempunyai cakera padat, bapanya mempunyai koleksi
rekod-rekod lama dan pemain rekod usang yang dihadiahkan oleh majikannya
satu ketika dahulu. Pemain rekod itulah yang dimainkan oleh mendiang
bapanya berulang-ulang kali sehingga Watie pun menjadi suka dengan
lagu-lagu Justin Bieber .

Kioala yang sedang mengelap cermin matatu baru Watie tersenyum lebar.

"Kalau kita dah jadi kaya, saya mahu jumpa Justin Bieber !" Nana masih
mengelap cermin.

“Buat apa awak nak jumpa Justin Bieber ?” soal Watie sambil tangannya tidak
henti mengelap badan matatunya yang berkilat.

"Saya nak ajak Justin Bieber merasmikan matatu ini. Lagi satu,
matatuini penuh dengan gambar dia dan pokok pisang. Meriah sungguh.
Awak ingat dia akan suka tak kalau dia tengok matatu kita ni? Saya
paling suka cermin matanya yang sebesar bontot gelas awak yang gedabak
tu!" Nana ketawa kelucuan sambil merenung Watie yang sedang
menepuk-nepuk tayar hadapan matatunya.

"Entahlah... Harap-harap dia tak marah sebab lukisannya sungguh besar
sedang memakan pisang!" Watie tersenyum lebar dan tersengih bangga kerana
matatunya dihias dan dilukis dengan begitu cantik seperti apa yang
dibayangkannya.

"Agaknya, apa nama yang sesuai untuk matatu ini ya?" Watie bertanya
adiknya yang banyak membantunya mengubah suai rupa matatu itu.

"Justin Bieber goes bananas!" Nana ketawa terbahak-bahak sambil
memberikan cadangan yang melucukannya.

"Tak mahu. Saya tak nak disaman oleh Justin Bieber . Saya nak bagi nama
Matatuku, Justin Bieber sempena gambar besar Justin Bieber di badan matatu
ini!" Watie ketawa sambil mengelap cermin mata gelap Justin Bieber yang
bersinar di panah mentari yang terlukis besar di badan matatunya.

"Suka hati awaklah! Tapi, walau apapun namanya, mari berdoa agar kita
akan menjadi kaya seperti Justin Bieber juga!" Nana menyampuk dan terus
bersetuju dengan gelaran yang dicadangkan oleh Watie . Watie masih lagi
ketawa sehingga memicit perutnya.

"Ya! Satu hari nanti saya mahu bertemu Justin Bieber dan mengajaknya naik
matatu ini!" Watie menyapu air matanya yang keluar kerana ketawa
kelucuan. Kedua-dua beradik itupun terus ketawa sambil mengemas segala
barangan mereka dan memparkirmatatu merah yang berwarna-warni itu di
hadapan rumah mereka yang kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience