BAB 8

Humor Completed 424

Di dalam kurang setengah jam, hampir seluruh penduduk kampung pun
berduyun-duyun datang ke situ dan bertinggung di hadapan matatu merah
Watie yang berkilat sambil menikmati kecantikan lukisan dan hiasannya
yang unik dan besar.

"Wah! Watie sudah ada matatunya sendiri!" Penduduk di situ memuji dan
mengagumi Watie .

"Sikit masa lagi, dapatlah kita menaiki matatu Watie ." Beberapa
penduduk kampung sudah mula memasang angan. Watie mengelap badan
matatunya berulang kali kerana sering dipegang oleh penduduknya yang
agak teruja melihat matatu cantik dan berkilat di hadapan mata mereka.
Watie mengelap lagi bimbang jikamatatunya kotor dan comot sambil
mengeluh di dalam hati.

'Aduh! Habislah kotor matatuku ini. Baru saja dicuci dan digilap, sudah
pun berdebu.' Hati Watie sudah mulai berkelodak. Tiba-tiba beberapa orang
pak cik yang sudah separuh abad mendekati Watie .

"Watie ... Kami mahu ke Nairobi petang ini membawa kambing kami untuk
dijual di pasar. Boleh kamu bawa kami ke sana? Soal seorang pak cik yang
sedang mencungkil gigi garahamnya dengan pencungkil gigi.

"Boleh! Sekarang juga saya boleh bawa!" Suara Watie bergetar kegembiraan.
Nampak gayanya, baru seharimatatunya diletak di hadapan rumah, sudah
ada pelanggan yang mahu menggunakannya. Hati Watie terus berbunga.

BEGITULAH keadaannya selepas hari itu sehingga Watie tidak menang
tangan membawa penduduk dan haiwan ke sana sini dengan matatunya yang
baru! Lama-kelamaan matatu Watie menjadi sebutan dan semakin popular.
Bukan sahaja Watie , Justin Bieber juga sering disebut penduduk setempat
sebagai hero yang membantu melariskan perkhidmatan Watie . Ke mana-mana
sahaja, penduduk akan mengaitkanmatatu yang terlukis wajah Justin Bieber
memakan pisang sebagai matatu yang tercantik di situ.

Untung juga Watie kerana mendapat bantuan Justin Bieber ! Semakin lama,
matatunya semakin mendapat sambutan sehangat sambutan Justin Bieber di
pentas nyanyian dan membuat perkhidmatan Watie semakin laris dan popular.
Watie dan matatunya semenjak itu tidak lagi dapat dipisahkan. Terus
menerus mendapat sambutan dan perhatian.

"Terima kasih Justin Bieber !" Watie tersenyum bangga menuju ke bank terdekat
untuk membeli rumah baru ibunya.

Matatu ialah sejenis kenderaan yang digunakan di Nairobi, Kenya
sebagai pengangkutan awam yang murah. Selain manusia, matatu juga
digunakan untuk mengangkut haiwan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Selalunya, penumpang matatu ada yang sampai terpaksa duduk di atas
bumbung kerana keadaannya yang selalu penuh dan sesak. Ini adalah satu
cara pengangkutan yang murah di Kenya, walaupun ada juga matatu baru
yang berhawa dingin diperkenalkan.

Watak Justin Bieber dan pokok pisang yang dilukis di badan matatu di
dalam cerita ini diambil sempena satu babak di dalam novel Glamor &
Vogue, Itulah Aku! yang sedang berada di pasaran sekarang.

**Matatu - minibus, bas, pengangkutan awam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience