Sudah seminggu Aina bekerja di syarikat MEGAH HOLDING. Bermacam macam karenah manusia yang dia jumpa di tempat kerjanya belum lagi karenah bossnya yang suka membulinya. Adeh pening...
Hari ini adalah hari sabtu waktu untuk Aina berehat dirumah.
" Hmm bosan lah duduk rumah.” ujar Aina.
Dia sudah menghubungi Farah dan mengajaknya untuk pergi ke pusat membeli belah tetapi Farah menolaknya kerana neneknya membuat kenduri di kampung.
Sudah seminggu juga Amir tidak menghubunginya. Jika Aina menghantar mesej kepada Amir jawapannya sangat ringkas dan kadangkala tidak membalasnya katanya sibuk dengan kerja. Aina berasa Amir sudah berubah tidak seperti dahulu yang suka melayannya sentiasa. Aina hanya berfikiran positif kepada teman lelakinya.
" nak try lah call Amir mana tau dia angkat ” kata Aina.
Dut... Dut...
Dut...Dut...
" Hello ? ” ujar Amir.
" Hello Amir awak apa khabar sihat? ” Soal Aina. Dia sangat merindui suara lelaki yang dicintanya itu.
" hmm sihat kenapa call ? ” jawab Amir acu tak acu.
" Saja call awak free tak? ” soal Aina.
" sorrylah Aina I ada banyak kerja ni ”jawab Amir.
" Eh bukan hari ni awak cuti ke? ” soal Aina kembali.
" Tak. Sebab banyak kerja so I tak cuti. Ok lah Aina I banyak kerja ni bye ” kata Amir.
Belum sempat Aina menjawab Amir sudah menamatkan panggilan.
" Kenapa awak tak macam dulu Amir ? Sikit pun masa awak tak ada untuk saya ” ujar Aina. Dia terasa dengan sikap Amir.
...
" Abang, Mama dengan Abah mana? ” soal Aina.
" Diorang keluar sekejap. Adik cantik cantik ni nak pergi mana? ” tanya Aisar.
" Nak pergi Mall jap nak cari barang. Barang barang adik semua dah habis. Abang nak ikut? ” kata Aina.
" Oh tak pe lah adik kejap lagi pun abang nak keluar jumpa kawan ” jawab Aisar
" Oh ok kalau macam tu adik pergi dulu lah. Nanti tolong bagi tau Abah dengan Mama adik keluar kejap ” kata Aina.
" Ok adik ” balas Aisar.
...
Sampai sahaja Aina di pusat membeli belah dia terus menuju ke Watson untuk membeli barang keperluannya di sana.
" Bedak dah habis, pencuci muka dah habis lagi apa ha “ kata Aina sambil berfikir.
Aina terus sahaja mengambil barang-barang yang diperlukan dan menuju ke kaunter untuk membuat bayaran.
" Semuanya RM 100 ringgit cik ” kata juruwang yang berada di kaunter itu.
" Ok nah ” kata Aina yang sedang memberikan wang ringgit bernilai RM 100 itu kepada juruwang.
" Ok terima kasih cik datang lagi ” kata juruwang itu sambil tersenyum kearah Aina.
" Sama sama ” lalu Aina membalas senyuman tersebut.
Ketika Aina sedang berjalan jalan di pusat membeli belah Aina terlihat susuk tubuh yang amat dia kenali. Amir sedang berpegangan tangan bersama seorang perempuan dan bergelak tawa bersama perempuan itu.
Bagai kaca terhempas kebatu. Aina berasa dikhianati oleh orang yang dia amat sayangi sepenuh jiwa. Hatinya bagaikan dihiris-hiris ketika ini. Lalu Aina terus menuju ke arah Amir.
" Oh patutlah busy semacam je ” kata Aina sinis.
Amir terkesima kerana Aina berada didepan matanya.
" You ni siapa ni ” kata perempuan yang berada disebelah Amir.
" Entah I tak tau dah jom lah pergi dia salah orang ni ” kata Amir kepada perempuan itu.
" Sampai hati you Amir you buat I macam ni. Apa dosa I dekat YOU!?? Apa salah I dekat YOU??!! sampai you sanggup buat I macam ni HA?!! Patutlah I selalu call you, you tak angkat. I mesej you, you tak balas. You cakap you busy bagai. RUPANYA BUSY DENGAN BETINA LAIN!!! ” bentak Aina.
Lalu Amir menampar Aina. Semua mata mata yang berada disitu melihat mereka.
" EH PEREMPUAN KAU DENGAR SINI EH MULAI HARI NI KAU DENGAN AKU DAH TAK ADA APA APA HUBUNGAN LAGI KITA PUTUS !!! ” Kata Amir kepada Aina.
" TERIMA KASIH AMIR TERIMA KASIH SANGAT SANGAT.Patutlah hati ni terdetik untuk datang sini rupanya Allah itu maha adil dia nak tunjuk semua benda ni dekat saya. Saya ingat awak yang terbaik untuk saya rupanya saya salah. Allah dah tunjukkan segala galanya dekat saya. Terima kasih Amir ” kata Aina lalu pergi meninggalkan Amir.
Air mata yang bertakung daripada tadi akhirnya tumpah jua dan Aina terus menuju ke tandas.
" Kenapa!! Kenapa kau buat macam ni dekat aku Amir. Apa yang aku dah buat dekat kau sampai kau sanggup curang dengan aku amir ” kata Aina sambil menangis.
" Ya Allah kau kuatkanlah hati ini dalam menempuh segala ujianmu ya Allah ” ujar Aina dalam hati.
Lalu Aina keluar daripada tandas dan tiba-tiba ada seorang lelaki memberi tisu kepadanya.
" Nah amik ni lap air mata tu. Tak payah nak membazirkan air mata kau untuk orang yang macam tu tak guna pon ”
Terkejut Aina apabila melihat gerangan yang memberi tisu itu adalah...
Farid. Yes Farid.
" Terima kasih ” ujar Aina.
" Aku nampak semuanya tadi ” kata Farid.
" Apa salah saya? Kenapa dia buat saya macam ni ? ” kata Aina secara tiba-tiba dan air matanya laju mengalir.
" Allah nak selamatkan kau daripada orang yang salah jadi Allah patahkan hati kau. Allah itu maha mengetahui ” kata Farid.
Terkesima sekejap Aina apabila mendengar kata kata yang keluar dari buah mulut Farid.
" Terima Kasih kerana sedarkan saya ” Aina senyum memandang Farid lalu menyeka saki baki air matanya.
" Kau lepas ni nak pergi mana? ” kata Aina.
" Saya nak balik ” jawab Aina.
" Kau temankan aku makan boleh? ” tanya Farid.
" Hmm ok ” balas Aina.
" ok jom ” ajak Farid.
...
Aisar melihat adiknya yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.
" Adik kenapa muka kau sembap? ”soal Aisar.
Lalu Aina berlari ke arah Aisar dan menangis.
Aisar kaget melihat adiknya yang tiba-tiba sahaja menangis.
"Amir ”ujar Aina.
" Kenapa dengan Amir? ” soal Aisar.
" Tadi dekat Mall Aina jumpa dia dia dengan perempuan lain ” kata Aina tersedu sedan.
" Apa??!!! Kurang ajar betul. Kenapa dia buat macam tu? ” ujar Aisar.
" Adik tak tau abang tiba-tiba je dia jadi macam tu adik tak tau mana silap adik ” kata Aina.
" Tak guna punya jantan. Dah lah Adik tak payah bazirkan air mata kau untuk lelaki tak guna macam tu ” kata Aisar.
" Kalau aku jumpa dia memang aku bagi silat gayung aku ni ha ” kata Aisar sambil membuat gaya silat.
Tiba tiba Aina tergelak melihat abangnya itu. Lucu.
" Ha baru lah cun macam ni. Dah tak yah nangis nangis ” kata Aisar.
Aina berasa bersyukur kerana dikurniakan abang yang memahami dirinya. Terima kasih ya Allah.
...
Share this novel