" Aisar cepat lah dah lambat ni ” ujar Aina.
Hari ini Aina menumpang Aisar untuk ke tempat kerja kerana keretanya rosak.
" Sabar lah kejap ” ujar Aisar yang sedang memakai kasut.
Lalu mereka berdua menaiki kereta dan kereta itu meluncur di jalan raya dengan laju.
...
Beberapa minit kemudian mereka sampai di Megah Holding.
" Abang nanti ambil Aina pukul 5 tau jangan ambil lambat-lambat ” kata Aina.
" Ok beres boss ” ujar Aisar.
Lalu Aina menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Aisar. Kemudian Aina bergegas keluar dari kereta.
...
Perut Aina berbunyi menandakan perutnya perlu diisi dengan makanan.
" Aduh laparnya baru pukul 10 ni alahhh sabar ye perut ” ujar Aina.
" Uitt kau kenapa Aina berkerut-kerut dahi tu aku tengok ” ujar Farah.
" Aku lapar lah Farah tadi pagi aku tak sempat nak sarapan ” ujar Aina sambil memegang perutnya.
" Kau ni lain kali makan lah sikit roti ke biskut ke kan nanti masuk angin susah. Nah ni aku ada nestum kau pergilah bancuh ” ujar Farah sambil menghulurkan bungkusan nestum.
" Kau ni haish memang poket doremon aku lah. Kau memang bffffffffff aku foreverrrrrr muah ” ujar Aina.
" Kau kan memang mengada-ngada je kerjanya apalah nasib boss dapat kau ni ” ujar Farah.
" Kau jealous kan ? ” ujar Aina.
" Aku? jealous dengan kau? tak ada masa ” ujar Farah.
Kemudian Aina terus berjalan menuju ke pantry.
" Eh dia ni terima kasih pun tak main pergi je bertuah betul dapat kawan macam ni ” ujar Farah.
...
Di pantry
" Uuuuu nak tidur mana uuuuu nak tidur mana mengantuk mengantuk nak tidur manaaaa mengantuk mengantuk tolonglah saya ” nyanyi Aina sambil tangannya membancuh nestum.
" Kalau nak tidur dekat rumah ye cik yang bertudung kuning ”
" Alamak!! Macam kenal je suara ni mati lah aku!! ” ujar Aina dalam hati.
Aina memusingkan badannya perlahan-lahan.
" Eh boss hihihi boss buat apa dekat sini ” ujar Aina sambil tersenyum ke arah Farid.
" Eh patutnya aku yang tanya kau kenapa kau ada dekat sini ” ujar Farid sambil mencekak pinggang.
" Oh sa..saya buatkan nestum untuk boss ni nah ” ujar Aina sambil menghulurkan cawan yang berisi nestum itu.
Farid hanya menjungkitkan keningnya.
" Tak nak sudah biar saya je yang makan ” ujar Aina sambil berjalan mahu keluar dari pantry.
Farid menarik sedikit hujung tudung Aina.
" Siapa kata aku tak nak? ” ujar Farid.
" Eh boss ni main kasar nampak tudung perempuan boss jangan berani-berani sentuh eh ”ujar Aina memberi amaran.
" So do i care? ” ujar Farid.
Farid mengambil cawan daripada tangan Aina dan makan sedikit nestum itu lalu dia mengembalikan nestum itu kepada Aina.
" Emm tak sedap mana pun aku buat lagi sedap ” ujar Farid dan berlalu pergi.
" Eeee orang tua ni kan ada kasut 5 inci ni jadi lunch dia kejap lagi ” ujar Aina.
...
" Farah sedaplah nasi beryani dekat kedai tu caya ah ” ujar Aina sambil berjalan menuju ke pejabatnya bersama Farah.
" Kan aku dah cakap kau mesti suka punya ” ujar Farah.
Aina melintas jalan dan diikuti Farah dibelakangnya tiba-tiba...
" AINA”
PINNNNNNN
Aina sudah memejamkan matanya apabila terdengar bunyi hon kereta itu kerana kereta itu terlalu hampir dengan dirinya.
" Ya allah selamatkan lah aku ” ujar Aina dalam hati.
...
Aina tidak berasa sakit lalu dia membuka matanya. Muka Farid betul-betul berada di hadapan mukanya. Farid sempat merangkul Aina ke tepi daripada dilanggar sebentar tadi. Mata mereka saling bertentangan lama.
Klik...klik..
Aina dan Farid memandang ke arah Farah yang sedang mengambil gambar mereka.
" Hihihi nak buat kenangan ” ujar Farah.
Lalu Farid melepaskan Aina.
" Lain kali tu hati-hati kalau nak melintas tengok kiri kanan” ujar Farid dingin.
" Baik terima kasih ” ujar Aina.
" Hmm ” ujar Farid.
" Ala boss jangan lah kasar-kasar dengan kekasih boss ” ujar Farah.
" Saya tak kasar dengan dia cuma bagi nasihat je kan sayangggg” ujar Farid sambil senyum melihat Aina.
Aina memberikan senyuman yang dibuat-buat kepada Farid.
Semua pekerja di syarikat itu menganggap Farid dan Aina bercinta. Mereka sangat menyukai Farid dan Aina bersama katanya bagai pinang dibelah dua walaupun hanya di depan mereka sahaja Farid dan Aina kelihatan mesra tetapi dibelakang bagai kucing dengan anjing.
...
" Aina tolong ambilkan beg warna biru aku dekat dalam kereta boleh tak? ” ujar Farid.
" Ala boss ni saya penat lah ” ujar Aina.
" Ala tolong lah aku Aina kau kan can..can.. cantik ” rayu Farid.
" Kalau tak ikhlas tak payah puji ye lah saya tolong boss ” ujar Aina.
" Yes!! nah kunci jangan bawa lari kereta aku sudah ” ujar Farid.
" Ala boss kan kaya kalau setakat satu kereta hilang tak ada hal lah kan hahahah ” ujar Aina.
" Macam-macam lah kau ni dah pergi sana ” ujar Farid.
...
Aina berjalan menuju ke arah tempat letak kereta. Suasana di situ agak sunyi kerana semua pekerja sudah pulang. Langkah Aina terhenti apabila dia merasakan ada orang yang mengikutinya. Dia menoleh ke arah belakang tetapi tiada sesiapa. Aina berasa tidak sedap hati dan terus melajukan langkah menuju ke kereta Farid.
" Arghhh lepas lah!! ” jerit Aina.
" Aina ”
" Amir?? Kau nak apa lagi ha ??!! ” ujar Aina.
" Aku nak kau Aina ” ujar Amir.
" Kau dah gila ke apa ?!! ” bentak Aina.
" Haah memang aku gila aku gilakan kau!! ” ujar Amir.
Lalu Amir mendekatkan dirinya dengan Aina.
" No no jangan dekat dengan aku!!! ” jerit Aina.
Amir hanya tersenyum sinis kepada Aina dan melajukan langkahnya menghampiri Aina.
" Beri aku peluang Aina aku tak akan sia-siakan peluang tu ” ujar Amir.
" In your dream Amir !!! ” ujar Aina.
Lalu Aina ingin melarikan diri daripada Amir tetapi niatnya tidak kesampaian tangan Amir lebih pantas menarik lengan Aina.
" Kau nak buat apa ni Amir!!!! Lepaslah tolong-tolong ” jerit Aina.
Tubuh Aina menggigil kerana ketakutan.
" Shuttt Aina jangan takut aku cuma nak kau je ” ujar Amir tersenyum sinis.
" WOI ”
Amir memandang ke arah suara itu lalu dia melepaskan Aina dan melarikan diri.
" Woi jangan lari!! ” jerit Farid.
Farid tidak sempat mengejar lelaki itu. Dia terus berlari menuju ke arah Aina.
" Aina kau ok tak ni? ” soal Farid.
" Saya takut ” ujar Aina yang sedang menangis dan menggigil dek kerana ketakutan.
" Dah-dah jom ikut aku ” ujar Farid sambil membantu Aina untuk berdiri.
...
" Nah ” ujar Farid sambil menghulurkan air suam ke arah Aina.
" Terima kasih ” ujar Aina perlahan.
" Kau kenal ke lelaki tu ? ” soal Farid.
" Dia ex saya ” balas Aina.
" Buat apa dia cari kau? Dia ada apa-apa kan kau tak? ” soal Farid.
" Tak ada. Dia kata dia nak saya balik tapi saya tak nak dengan dia ” ujar Aina.
Farid hanya mengangguk faham.
Kringg...kringgg..
" Hello adik abang dah lama tunggu adik dekat bawah ni ” ujar Aisar.
" Ha ok abang jap lagi adik turun ” ujar Aina.
" Ok baiklah ” ujar Aisar.
Panggilan ditamatkan.
" Boss saya nak balik dulu ye abang saya dah tunggu dekat bawah terima kasih sebab selamatkan saya tadi ” ujar Aina.
" Sama-sama aku teman kan kau sampai bawah ” ujar Farid.
Aina hanya mengiyakan sahaja kerana dia masih takut situasi tadi berulang kembali.
...
" Terima kasih boss temankan saya ” ujar Aina.
" Sama-sama lepas ni kau kena berhati-hati ” ujar Farid.
Lalu Aina berjalan menuju ke arah kereta abangnya dan masuk ke dalam perut kereta itu.
Share this novel