" Kecoh satu office pasal kau dengan Aina semalam apa cerita? Aku dah ketinggalan ni ” ujar Andi.
" Cerita apa? Mana ada apa-apa ” balas Farid bersahaja.
" Kau jangan nak tipu aku lah. Aku dengar kau angkat Aina bagai and diorang kata kau ada skandal dengan Aina so betul ke ? ” soal Andi.
" Haah kenapa? Ada masalah? ” kata Farid.
" What?!! Farid you made a joke? am i right ? ” bulat mata Andi.
Farid tergelak besar melihat kawannya yang seakan-akan percaya dengan kata-katanya.
" HAHAHAH kau ni bongoklah pergi percaya asal ” kata Farid tergelak sambil memukul lengan Andi.
" Kau tu bongok. Sakit lah aduh. So betul lah kau pergi angkat si Aina tu? ” ujar Andi.
Farid menarik nafas dan memulakan ceritanya.
" Dia pengsan lah semalam dekat sini. Tak kan lah aku nak biarkan je dia. So sebagai boss yang bertanggungjawab aku angkat dia bawak pergi hospital bukannya aku suka-suka nak angkat anak dara orang kalau kau tu aku percaya ah ” kata Farid.
" Woi mulut kau tu tak bayar insurans ke ha?!! sedap mulut je aku masih ingat Allah tau” kata Andi lalu menjeling Farid.
" Ish lepas lah apa masalah kau ”
Lalu Farid dan Andi menoleh ke arah pintu yang dikuak luas oleh seseorang.
" Maaf boss saya dah halang tapi dia tetap berdegil juga ” kata pegawai keselamatan di situ.
" Tak apa Pak Ali boleh sambung kerja ” kata Farid kepada pegawai itu.
" Hai baby ” kata Diana.
Andi hanya membuat eye rolling. Menyampah betul.
" Habis bala datang " kata Andi kepada Farid.
" Kau nak apa datang sini ? ” soal Farid.
" Saja nak tengok-tengok you ” kata Diana.
" Ok lah Farid aku cau dulu nak balik pejabat aku. Apa-apa call aku je. Panas pulak lama-lama dekat sini boleh kena STROK HABA AKU ” kata Andi saja dia menekankan perkataan strok haba itu.
" Pergi je lah sebuk je dekat sini ” kata Diana.
" Emm Farid ada dengar orang cakap tak? Tak silap aku cakap dengan kau ok lah aku cau dulu seram duduk bilik kau ni lama lama” kata Andi sambil membuat muka ketakutan.
Diana bengang dengan sikap Andi.
" Ok ” kata Farid ringkas.
Lalu Andi berlalu pergi.
Diana semakin dekat dengan Farid dan bermain dengan tali lehernya. Lalu Farid menepis tangan Diana.
" Kau nak apa sebenarnya ha datang sini? Sekarang ni waktu kerja aku ” kata Farid.
" Kan I cakap I nak you ” kata Diana manja.
" Berapa kali aku nak cakap dengan kau ha? Aku tak suka kau dan aku benci kau tu pun tak faham ke?!! ” suara Farid sedikit meninggi.
" Baik kau keluar sekarang. Aku cakap baik-baik ni ” kata Farid.
" Tapi I... ” kata Diana.
" KAU KELUAR SEKARANG ” kata Farid dia sudah tidak boleh bersabar dengan perangai Diana.
Terjungkit bahu Diana apabila ditengking oleh Farid.
" OK FINE I KELUAR!! tapi you kena ingat I akan dapat kan you balik. Kalau tak dengan cara baik maybe sebaliknya ” kata Diana geram.
" You think I'm scared of your threats Diana ?? sikit pun aku tak gentar lah " ujar
Farid sambil menghadiahkan senyuman sinis.
" Ok we will wait and see " kata Diana lalu dia terus berjalan keluar.
Semua pekerja melihat Diana.
" APA TENGOK TENGOK " marah Diana.
...
Hari ini Aina sudah mula bekerja semula. Sakitnya juga sudah sembuh.Ketika Aina hendak masuk pejabat semua mata mata tertumpu pada dia. Ada jugak yang berbisik-bisik. Aina berasa pelik tetapi dia hanya bersikap bersahaja. Lalu Aina duduk di meja kerjanya.
" We Aina aku nak tanya ni ” soal Jamilah lalu menarik kerusi duduk disebelah Aina.
Siapa tak kenal si Jamilah ni. Dialah ketua bawang di syarikat ini.
" Ada apa Kak? ” soal Aina.
" Kau dengan boss ada apa-apa ke ? ” Soal Jamilah.
" Eh saya dengan dia tak ada apa-apa pun saya anggap dia sebagai boss saya je ”jawab Aina.
" Ya je kamu ni Aina ke kamu malu nak cerita ” kata Jamilah.
" Ehem ehem. Eh kak Jamilah pagi-pagi dah membawang tak ada kerja ke? kalau tak ada saya tambah kerja lagi ” ujar Farid.
" Eh mana ada saya membawang boss. Saya tanya khabar Aina ni hihihi. Ok lah boss saya sambung buat kerja dulu ” kata Jamilah.
" Hek eleh tanya khabar lah sangat nampak boss tau takut ” Ujar Aina dalam hati.
Lalu Farid memandang Aina.
" Kau dah sihat ? ” kata Farid.
" Alhamdulillah boss dah ok sikit ” kata Aina.
" Owh. Nah aku ada beli nasi lemak lebih kau makan lah ” kata Farid lalu dia berjalan masuk ke biliknya.
" Eh pelik je dia ni baik semacam siap bagi nasi lemak lagi ingatkan nak cari gaduh ” ujar Aina lalu dia membuka komputer untuk membuat kerjanya yang sudah tertangguh dua hari.
" Woi ”sapa Farah.
" Oh mak kau hijau. Woi Farah beri lah salam ke apa ni tak ” ujar Aina lalu menggosok dadanya dek kerana terkejut.
" HAHAHA aduh kau ni. Wah dapat nasi lemak dari encik boss ke ” sakat Farah.
" Tiba-tiba je dia bagi aku, aku amik je lah rezeki tak baik di tolak kan ” ujar Aina.
" Aku rasalah kan betul lah hari tu aku cakap boss ada hati dekat kau ” kata Farah.
" Kau ni tak habis-habiskan nak jodohkan aku dengan boss kesayangan kau tu. Dah lah pergi buat kerja jangan nak membawang je kan aku bagi tau boss ” ujar Aina.
" Wow nak ngadu dekat buah hati dia lah uuu takutnya lari lah ” Ujar Farah lalu dia terus duduk dimejanya.
Aina hanya menggelengkan kepalanya pening dengan perangai kawannya yang sama-sama ting tong macam bossnya.
...
Share this novel