" Umur dah 24 tak kan nak duduk rumah je hmmm tak boleh jadi ni aku kena cari kerja ” kata Aina. Seketika dia terfikir tentang dirinya.
" Tapi..... Aku tak nak kerja dengan Abah kalau boleh aku nak cari kerja sendiri baru rasa berdikari. Abang Aisar pon kerja dengan Abah so adalah wakil kan hmmm esoklah aku bincang dengan Abah” kata Aina sendiri.
.....
Keesokan hari
Aina melihat Dato' Ismail sedang duduk sambil membaca surat khabar Aina pun menghampirinya ....
" Abah, Aina nak cakap sikit boleh tak? ” kata Aina kepada Dato' Ismail.
" Ye anak abah sayang nak cakap pasal apa ni? ” kata Dato' Ismail.
" Abah memandangkan Aina dah 24 tahun Aina nak bekerja nak cari duit sendiri ”
" Alhamdulillah, dekat syarikat Abah tu ada memerlukan orang, kalau macam tu abah amik Ai... ”
Belum sempat dato ismail menghabiskan ayatnya Aina sudah memotong dahulu kata-kata Dato ismail..
" Hihi Abahhhhhhh kalau Aina tak nak kerja dengan abah boleh? Aina nak cari kerja sendiri baru lah berdikari sikit.. Boleh tak Abahhhhhh? ” Aina cuba membodek Dato Ismail dengan nada suaranya yang manja.
" Hmmm tahu dah Abah dengan kamu ni haishh.. Ye lah Abah kasi kamu nak kerja mana mana pun janji kerja yang halal ya” kata Dato Ismail.
Begitu terujanya Aina mendengar jawapan daripada abahnya lalu dikucup tangan dato Ismail berkali-kali.
" Abah, abah adalah daddy the best in the world fuhhh sayang abah lebih lah macam ni” kata Aina
" Amboi dua beranak ni bincang pasal apa je tu ” kata Datin Mawar.
" Ni ha anak awak ni nak kerja dah dapat hidayah nasib baik dapat awal HAHAHA” terbahak bahak dato ismail mengenakan anaknya.
" Alhamdulillah kalau macam tu ” kata Datin Mawar.
Muka Aina sudah menjadi merah seperti tomato lalu Aina memukul manja kepada ayahnya.
" Kamu bekerja di syarikat Abah ye sayang? ”ujar Datin Mawar.
" Tak lah Mama Aina nak cari kerja sendiri nak belajar berdikari Aina kan dah besar Ma hihihi. Aina nak cuba tanya Farah dekat tempat kerja dia ada perlukan orang ke tak” kata Aina.
" Dah besar tapi perangai sama je macam budak kecik kamu ni yalah janji kamu cari rezeki yang halal ye ” kata Datin Mawar.
" Baiklah Mama ” kata Aina kepada Datin Mawar.
Aina mengambil telephone nya lalu menghubungi rakan karibnya Farah..
" Assalamualaikum hello Farah”
" Waalaikumsalam ni siapa ye maaf saya dah ada boyfriend anda lambat 1 minit” kata Farah.
" WOI kau ni main ii pulak” ujar Aina.
" HAHAHAHA aduh kau ni call aku ada apa sebok je ” ujar Farah.
" we aku nak tanya ni dekat tempat kerja kau ada kerja kosong tak? ” ujar Aina.
" hmm aku x sure lah Aina nanti aku cuba tanya ii kalau ada nanti aku terus call kau ok” kata Farah.
" ok baiklah intan payungku kalau dapat kerja dekat situ senang lah aku nak membawang dengan kau hahaha” kata Aina sambil tertawa.
" Kau jangan cari pasal kan first day dah kena get out dengan aku ii sekali kau angkut mati aku ”
" hahahah ok lah aku letak fon dulu nanti kalau ada roger roger aku tau . Assalamualaikum ” ujar Aina kepada Farah.
" yolah Aina aku akan usahakan. Waalaikumsalam " ujar Farah.
Share this novel