Aina mengenakan baju kurung English cotton berwarna biru tua dan tudung bawal berwarna putih. Hari yang ditunggu-tunggu oleh Aina sudah tiba.
" Ok perfect ” kata Aina yang sedang berdiri dihadapan cermin melihat pantulan dirinya.
" Mama, Abah, Abang Aisar doa kan Aina ye untuk interview ni harap harap dapat lah ” kata Aina kepada Datin Mawar, Dato Ismail dan Aisar.
" of course lah kitaorang doakan adik jangan risau tenang je ok ” kata Aisar.
" Ya Abah dan Mama doakan kamu sayang, sebelum masuk nak interview baca Bismillah dulu ” kata Dato Ismail.
" baiklah Abah. Tq Abang Aisar, Abah and Mama sayang ketat ketat hahah” ujar Aina.
" Kamu tak sarapan dulu ke Aina? ” soal Datin Mawar.
" Tak pe lah Ma nanti Aina cari sarapan dekat luar nervous ni Ma tak boleh makan hihihi ” kata Aina sambil tersenyum manis ke arah Datin Mawar.
" Ya lah Aina, hati-hati bawak kereta tu drive safe ” kata Datin Mawar.
Aina sempat mencapai sekeping roti kaya di atas meja lalu menuju ke pintu utama rumahnya.
" Bismillahirrahmanirrahim Subhanallazi Sahharolanaa Hazaa Wamaa Kunnalahu Muqriniin, Wa innaa Ila Robbina Lamunqolibuun.” Aina membaca doa menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
" Ya Allah kau permudahkan lah urusan aku pada hari ini ” ujar Aina dalam hati.
...
Aina betul betul sudah terpacak dihadapan MEGAH HOLDING.
" ok first Bismillahirrahmanirrahim, second kaki kanan” Kata Aina.
Aina melihat ramai pemuda pemudi sepertinya pergi ke interview tersebut untuk mencuba nasib.
" Uish ramainya nipis lah macam ni peluang aku nak dapat kerja dekat sini ” ujar Aina.
Kemudian Aina duduk ditempat yang disediakan untuk menunggu giliran.Aina melihat Farah sedang Sibuk menjemput satu persatu pemuda yang ingin interview di bilik boss.
" Alamak lepas ni turn aku so ready Aina jawab je apa yang terlintas dekat otak fikiran kau ni bila disoal ” kata Aina dengan dirinya.
" Cik Aina Dahlia ?” kata Farah. Walaupun Aina kawan baik nya dia harus mengikut protokol syarikat iaitu melayan tetamu dengan lemah lembut dan baik.
" Ya saya” Kata Aina.
" Sila ikut saya ke bilik boss untuk interview di sana” kata Farah.
Aina mengikut Farah dari belakang. Dalam perjalanan Aina berbisik kepada Farah.
" We Farah aku takut lah aku nak pengsan jap boleh” kata Aina.
" Aina kau jangan nak buat drama sinetron kau eh dekat sini ” kata Farah dengan nada perlahan.
Sampai sahaja di depan bilik boss Farah memandang Aina.
" Aina good luck tau aku doakan kau dekat luar ni kau jawab je apa apa kalau boss soal” kata Farah.
" Ok Farah Thanks tau ” Kata Aina.
Lalu Farah mengetuk bila boss dan diarahkan masuk.Aina diminta tunggu diluar dahulu.
" Boss ni yang terakhir untuk interview hari ni ”ujar Farah.
" Ok baiklah Farah nanti suruh dia masuk”
" baik boss” ujar Farah lalu dia keluar dan memanggil Aina. Farah menunggu Aina diluar bilik boss.
Aina mengentuk pintu bilik itu.
" Masuk“
Alangkah terkejut beruknya Aina apabila orang yang akan interview dirinya itu adalah orang yang pernah dia langgar dan menumpahkan air dibajunya.
" KAU??! Encik tak dikenali??!! ”serentak mereka berkata. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain dengan pandangan helang.
" ish jumpa lagi, rasanya pekerja encik ni salah bawak saya masuk bilik ni ” ujar Aina yang seakan akan mahu keluar.
" Eh kau nak pergi mana sini ” ujar Farid dengan nada tegas.
Aina hanya mengikut arahan Farid dia betul betul berdiri dihadapan Farid.
" Nice to meet you again AINA DAHLIA ” kata Farid dengan nada sinis sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.
" emmm haram lah tak sekolah agama ke ” ujar Aina dengan nada sedikit menyindir.
Sedikit terkesan Farid dengan kata kata Aina. Lalu dia menurunkan semula tangannya.
" Aku tau lah. Ingat aku nak ke pegang tangan kau eeeeee geli je ” kata Farid membuat muka nak muntah.
" Kurang ajar betul lah mamat ni. Ingat aku hadap sangat ke nak berjabat tangan dengan kau hak tuih lah ” gumam Aina di dalam hati.
" Ha ngumpat aku lah tu ” kata Farid.
" Mana ada perasan je lebih geli” Ujar Aina.
" Aku accept kau kerja dekat sini ” kata Farid secara tiba-tiba.
Ternganga terus mulut Aina. Belum start interview dah dapat kerja.
" Tak yah terkejut sangat lah tutup mulut tu aku dah semak kau punya background tadi. So aku accept kau ”Ujar Farid.
" Encik biar betul ni saya belum buat apa apa lagi encik dah terima. Ke encik terima saya sebab nak kena kan saya ha??!! ” Aina mengecilkan mata memandang Farid dengan tajam.
Farid tersenyum sinis kepada Aina wait and see je apa aku nak buat dekat kau lepas ni.Aku buli kau cukup cukup Aina.
" Kau ni banyak tanya lah dah lah mulai esok kau dah boleh start kerja and panggil aku boss bukan encik tak dikenali. Faham!! ” ujar Farid.
" Ha satu lagi aku nak cakap kalau nak kerja dengan aku mental and fizikal kena kuat. Sebab tu lah diorang berhenti kerja sebab tak tahan ” ujar Farid.
Aina sudah telan air liur.
" Dah kau boleh keluar semak je lama lama dalam bilik aku ” kata Farid.
" Ish muka handsome tapi perangai mintak kaki ” kata Aina dengan nada perlahan tetapi dapat didengari oleh Farid.
" Apa kau cakap tadi ??? ” Farid menghampiri Aina.
" Eh eh mana ada cakap apa apa. Ok lah saya keluar dulu ” terasa kecut perut Aina apabila Farid semakin hampir dengannya terus dia berjalan dengan laju keluar daripada bilik itu.
" Tau takut ” kata Farid dalam hati.
...
" Time macam ni lah kereta nak buat hal aduh ” gumam Aina.
" Call Farah lah mana tau dia boleh tolong ”
.....
.....
.....
Maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi....
Aina berasa hampa kerana Farah tidak mengangkat panggilannya.
" Siapa lagi aku nak call ni ha? Emmm HA.. AMIR ” Aina terus mencari nombor Amir dan menghubunginya.
....
....
" Assalamualaikum Aina”
Yes Amir angkat yayayay.
" Waalaikumsalam hello Amir you busy tak hari ni? ”soal Aina.
" Not bad lah kenapa? ” tanya Amir.
" Sebenarnya I baru habis interview tadi lepastu nak balik kereta buat hal. Kalau U free boleh tolong I tak?” kata Aina. Dia mengharapkan Amir dapat membantunya ketika ini.
" Kejap lagi waktu lunch I amik U. Nanti U share location dekat I ok ” kata Amir.
" Ok Amir I tunggu you Thanks ” kata Aina dengan nada gembira.
" Welcome dear ” kata Amir.
Lalu mereka menamatkan perbualan.
Tiba-tiba sebuah kereta Mercedes Benz berhenti dihadapan keretanya lalu menurunkan tingkap.
" Uiii cik adik buat apa dekat tengah panas ni kereta rosak ke HAHAHAH” Gelak Farid.
Aduh mamat ni lagi apa lah malang nya nasib asyik jumpa dia je haish kata Aina dalam hati.
" Tengah jemur kain dekat sini tak nampak ke ” perli Aina lalu melemparkan senyuman yang dibuat buat kepada Farid.
" Owh macam tu ceritanya ok faham faham kain dah kering belum ” saja Farid bertanyakan soalan begitu untuk menyakat Aina.
" Sebok je lah Encik ni ” Kata Aina malas.
Kemudian Farid terus memandukan keretanya untuk pergi makan tengah hari bersama client. Dia tahu kalau mereka berperang mulut tiada penghujungnya. Jadi Farid menghentikan perbualannya bersama Aina takut takut dia terlambat untuk bertemu dengan client.
" Ingat tegur nak tumpangkan rupanya nak ajak gaduh je . Nasib lah dia pergi awal kalau tak memang perang dunia ketiga jadinya.” kata Aina.
Selang beberapa minit Amir pun tiba disitu.
Share this novel