Farid yang berada diatas katil memusingkan badannya ke kanan dan kekiri. Dia berasa serba salah terhadap Aina kerana kejadian petang tadi.
" Hmm nak call ke tak? Ah call je lah ”ujar Farid.
Farid mengambil telefon bimbitnya dan menghubungi Aina.
" Hello ” ujar Aina.
" Hello kau dah tidur ke? ” soal Farid.
" Belum lagi kenapa boss? ” ujar Aina.
" Sebenarnya aku nak minta maaf dekat kau sebab suruh kau ambil beg aku tu kalau aku tak suruh mesti tak jadi macam ni ” ujar Farid.
" Tak apa lah boss benda dah jadi terima kasih juga sebab selamatkan saya tadi ” ujar Aina.
" Sama-sama hmm ok lah bye aku dah ngantuk ” ujar Farid.
" Bye ” ujar Aina.
...
" Aina sebenarnya aku nak cakap sesuatu dekat kau ” ujar Farid.
" Ye boss nak cakap apa cakap lah ” ujar Aina.
" Sebenarnya aku aku... Aku suka kau ” ujar Farid.
Membulat mata Aina apabila mendengar luahan Farid.
" Betul ke ni boss? Ke boss main-main ni boss nak ajak saya gurau kan? ” ujar Aina.
" I'm serious Aina I love you ” ujar Farid.
" Emm sebenarnya saya..saya pun suka boss ” ujar Aina.
Aina tersedar daripada mimpinya.
" Astaghfirullahalazim aku mimpi apa ni ” ujar Aina yang terjaga daripada tidurnya.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Kemudian Aina bangkit daripada tempat tidurnya dan menuju ke arah bilik air lalu mengambil wudhuk untuk menunaikan solat sunat tahajjud.
...
Sampai sahaja di Megah Holding Aina terus masuk dan menuju ke arah mejanya.
" Bunga? ” ujar Aina.
Kemudian Aina mengambil kad yang berada di atas meja dan dibacanya.
- Hi dear morning have a nice day I akan kejar You sampai dapat jangan lari tau muah -
Aina terus membuang kad dan bunga itu ke dalam tong sampah. Dia tahu siapa si pemberi sejambak bunga itu. Hatinya berasa gusar tetapi dia tidak mengendahkannya dan terus membuat kerjanya.
" Aina ikut aku pergi jumpa client Nurul dia tak datang hari ni ” ujar Farid.
" Ha? Sekarang ke? ” soal Aina.
" Tak lah tahun depan? ” perli Farid.
" Oh kalau macam tu ok ” ujar Aina yang sedang menaip.
" Oi cepatlah yang kau pergi sambung menaip tu kenapa??!! ” ujar Farid.
" Lah tadi dia yang cakap tahun depan ” ujar Aina selamba.
" Ish kau ni kan cepatlah nanti lambat client aku lari siap kau eh ” ujar Farid.
" Boss ni bising je lah ye lah ye lah ish ” rungut Aina.
...
Farid dan Aina masuk ke dalam sebuah cafe untuk bertemu dengan client. Farid bertegur sapa dengan client tersebut.
" Silakan duduk ” ujar Dato Sulaiman.
Dato Sulaiman bukanlah calang-calang orang. Syarikatnya kini sangatlah terkenal di seluruh dunia. Banyak syarikat yang ingin bekerjasama dengan syarikatnya.
" Terima kasih Dato ” ujar Farid.
Farid dan Dato Sulaiman memulakan perbincangan mereka.
Dato Sulaiman kerap mencuri-curi melihat Aina semasa dalam perbincangan. Aina berasa tidak selesa ketika itu. Farid yang perasan akan raut muka Aina yang tiba-tiba berubah itu terus cepat-cepat dia menamatkan perbincangannya bersama Dato Sulaiman.
" Baiklah perbincangan kita sampai di sini ya awak sangat berkarisma Farid saya bangga dengan awak selamat bekerjasama ” ujar Dato Sulaiman.
" Terima kasih Dato ” balas Farid.
Lalu Farid berjabat tangan bersama Dato Sulaiman.
" Btw awak cantiklah nak tanya dah ada yang punya ke? ”soal Dato Sulaiman kepada Aina.
" Sa.. Saya.. ”
Tergagap-gagap Aina ingin menjawab pertanyaan Dato' Sulaiman.
" Btw Dato dia ni tunang saya hujung tahun ni kami nak berkahwin ” ujar Farid.
" Yes betul tu saya tunang Farid ” ujar Aina.
Lalu Farid melemparkan senyuman kepada Dato Sulaiman begitu juga Aina.
" Oh melepaslah saya hahaha ” gurau Dato Sulaiman.
Aina hanya memberikan senyuman palsu kepada Dato Sulaiman.
Lalu Dato Sulaiman beredar dari situ. Farid dan Aina duduk semula di meja itu.
" Oi tak nak berterima kasih ke dekat aku? Aku dah selamatkan kau dari buaya tua tu ” ujar Farid.
" Hmm ye lah terima kasih ” ujar Aina sambil membuat eye rolling.
" Farid sayangggg ”
" Oi kau panggil aku sayang ke ? " Soal Farid kepada Aina.
Hampir tersembur keluar air oren yang diminum oleh Aina apabila Farid berkata begitu.
" Datang mana nya sayang boss saya tengah minum air ni nasib tak tersembur tau " ujar Aina
Lalu Farid menoleh ke belakang.
" Aduh dia ni lagi ” ujar Farid.
" Hi sayang you buat apa dekat sini? ” ujar Diana.
" Tak nampak ke dia tengah dating dengan aku ” ujar Aina perlahan.
" Eh ada orang rupanya ha apa kau cakap tadi? Dating? Euw kau tak sesuai pon dengan Farid aku lagi sesuai dengan dia ” ujar Diana.
" So ada aku kisah tak kan " ujar Aina selamba.
" Sayang jom kita balik office sweet-sweet dekat sana dekat sini ada langau lah ” ujar Aina.
" Kau!! ” bentak Diana.
" Apa ” ujar Aina lalu menjulurkan lidah ke arah Diana.
" Jom biy ” ujar Farid.
Lalu Farid dan Aina meninggalkan Diana di situ berseorangan.
" Siap kau perempuan kau tunggu ” ujar Diana geram.
...
" Alhamdulillah selamat aku " ujar Farid.
" Boss tak nak berterima kasih dekat saya ke sebab saya dah selamatkan boss " perli Aina.
Lalu Farid memandang ke arah Aina.
" Cara aku berterima kasih dekat orang lain sikit tau lagi-lagi kau " ujar Farid sambil tersenyum gatal ke arah Aina.
Aina menelan air liur melihat Farid. Lalu dia terus berjalan meninggalkan Farid di belakang.
Terburai tawa Farid melihat muka cuak Aina.
...
Share this novel