Kringg... Kringg...
" Bising lah bunyi jam ni ” ujar Aina yang masih menutup matanya.
Kring.. Kring...
" hmm pukul berapa ni ? ”
Lalu Aina melihat jam di skrin telefon bimbitnya..
" WHAT?!!! ”
Mata Aina terus terbuka luas apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 8:30 pagi. Dia seharusnya masuk ke tempat kerja pada pukul 8:00 pagi.
" Matilah aku baru hari kedua kerja dah buat hal” ujar Aina.
Aina tergopoh gapah menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
" Mama Aina pergi kerja dulu Aina dah lambat ni ” jerit Aina kepada Datin Mawar yang berada di dapur.
" Ye lah Aina hati hati bawa kereta tu ” kata Datin Mawar.
" Baiklah Ma ” jawab Aina.
" Ish ni semua sebab mamat poyo tu. Kalau dia tak suruh aku basuh tandas bilik dia semalam tak jadi macam ni haish eeee geramnya!!! ” ujar Aina dengan nada marah.
Sampai saja Aina di tempat kerja tiba-tiba Farah menghampirinya.
" We asal kau lambat boss marah tau tak ” kata Farah kepada Aina.
" Ala aku terbangun lambat disebabkan dia lah buli aku suruh aku balik lambat semalam ” ujar Aina.
" Kau tak cerita dengan aku pun ” kata Farah.
Tiba-tiba Farid datang ke meja Aina. Farah terus menyambung kerjanya kerana takut dimarahi oleh bossnya.
" Aina masuk bilik saya sekarang ” kata Farid dengan nada tegas.
" Baik boss ” jawab Aina perlahan.
" Nanti lah aku cerita dekat kau eh ” bisik Aina kepada Farah. Farah hanya mengiyakan sahaja.
...
" Asal kau datang lambat?!! ” kata Farid marah.
" Saya minta maaf. Saya bangun lewat pagi tadi” jawab Aina. Aina hanya menundukkan kepalanya.
" Do I care? Aku tak kisah dengan alasan murahan kau tu. Kau lambat 1 jam tau tak??!!! aku paling tak suka orang yang tak menepati waktu !!” marah Farid.
" Saya minta maaf sekali lagi boss ” kata Aina air matanya sudah bertakung.
" Maaf maaf tu je lah yang kau tau ” kata Farid.
" Disebabkan kau lambat datang kerja hari ni kau kena balik lambat saing aku ” kata Farid.
Aina hanya mengangukkan kepalanya.
" Dah kau boleh keluar. Lain kali jangan buat lagi faham tak??!!! ” ujar Farid.
" ok boss saya janji ” kata Aina sambil mengangkatkan jari kelingkingnya tanda janji.
Lalu Aina keluar dari situ.
" comel jugak dia buat macam tu tadi. Ish apa benda kau merepek ni Farid ” kata Farid sendiri.
...
Semua pekerja di pejabat sudah pulang hanya tinggal Aina sahaja disitu.
" Hmmm bosannya lama lagi ke dia ni nak balik ” kata Aina.
Lalu telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
From: Boss Ting tong
Aina tolong buatkan kopi untuk aku and hantar dekat bilik aku sekarang.
" buat lah sendiri asyik asyik suruh aku je ” kata Aina lalu dia terus membuat kopi untuk Farid.
Tuk tuk tuk...
" Masuk” kata Farid.
" Nah boss kopi yang boss mintak ” kata Aina lalu meletakkan air itu di atas meja.
" hmm ” ujar Farid.
" bukan nak cakap terima kasih pun ” kata Aina selamba.
" suka hati aku lah ” kata Farid.
Aina hanya membatu disitu. Sebal dengan perangai majikannya.
" Boss saya keluar dulu lah tak manis kita duduk berdua duaan dekat sini ” kata Aina.
" Kenapa kau takut ke ” Farid tersenyum sinis ke arah Aina lalu menghampiri Aina.
" Boss nak buat apa ni??!! ” lalu Aina berundur setapak demi setapak dan dia terhenti kerana dibelakangnya ada meja.
" Kau rasa aku nak buat apa?? ” soal Farid.
" Boss jangan nak macam macam eh kalau tak saya jerit ” jawab Aina sambil mengugut Farid.
" Jeritlah bukan ada siapa dengar pon semua pekerja dah balik ” kata Farid.
" Boss tolong jangan apa apakan saya. Saya merayu dekat boss " Kata Aina sambil merayu.
" Aku nak amik jam lah dekat meja belakang kau tu . Bukan aku nak buat apa apa pon dekat kau. You not my taste ok ” kata Farid lalu mengambil jam tangannya.
Muka Aina menjadi merah dek kerana malu.
" Dah lah kau boleh balik aku pun dh nak balik ni ” kata Farid.
" o.. O.. Ok boss ” kata Aina tergagap gagap dan terus keluar dari bilik itu.
Farid tergelak kerana melihat muka Aina yang merah padam itu serta dapat mengenakan Aina.
" Buat malu je lah kau ni Aina haish ” sambil menepuk nepuk mukanya.
...
Selesai mandi, Aina terus menggambil telefon bimbitnya lalu menghubungi Farah dan bercerita tentang kejadian semalam.
" serius lah dia suruh kau buat semua benda tu?? ” ujar Farah terkejut.
" ye lah tak kan lah aku nak tipu kau pulak ” kata Aina.
" Aku rasa kan boss tu ada hati dengan kau lah ” kata Farah.
" Kau jangan nak merepek meraban eh. Aku ni dah ada boyfriend ” kata Aina.
" HAHAHA rilek lah aku gurau je. Ok lah Aina aku letak fon dulu mak aku panggil ni ” kata Farah.
" Ha ok bye ” kata Aina.
" Bye ” ujar Farah.
Lalu perbualannya bersama Farah selama 2 jam pun berakhir.
Share this novel