" Uuuuu pergi dating lah orang tu untung la ada buah hati ” kata Aisar saja mahu menyakat adiknya.
" tulah Abang orang suruh cari Girlfriend tak nak 24 jam dengan kerja je. Adik tengok abang ni ok je rupa ada, kerja ada, duit banyak mesti ramai yang nak dekat abang cuma abang je yang tak nak kan kan. Ke jangan jangan abang ni...” Aina menekup mulutnya
" GAY!!! ”jerit Aina.
" Ha amik ni!!! ”kata Aisar
" Aduh sakit lah AISARRRRR!!! ” ujar Aina
Ha kan dah mendapat. Aisar memukul kepala Aina menggunakan bantal.
" Padan muka kau, sedap mulut je cakap aku gay aku normal lagi ok ” kata Aisar lalu menjeling Aina.
Aina tertawa melihat muka Aisar yang seakan akan marah kepadanya.
" Apa bising bising ni ha? ” soal Dato Ismail kepada anak-anaknya.
" Ni ha adik ni ada ke patut dia panggil Aisar gay ” kata Aisar.
Aina berlari lalu menyorok di belakang Dato Ismail dan menjulurkan lidahnya ke arah Aisar.
" Kau!! Siap kau nanti ” ujar Aisar dengan nada tidak berpuas hati.
" Lariiiiiii ” kata Aina.
“ Haish kamu berdua ni perangai macam budak-budak lah ” Kata Dato Ismail.
....
" Aisar ohhhhhhhhh Aisar jom lah teman adikmu yang cantik ni pergi Starbucks craving ni ” rayu Aina kepada Aisar.
" Ish tak boleh lah abang nak masuk office jap lagi banyak kerja nak buat ” kata Aisar sambil memandang Aina.
" Waktu lunch ? Boleh kan? ” soal Aina.
" Tak boleh, hari ni Abang ada lunch dengan client dari Jepun” ujar Aisar.
" Ala abang ni, bosan lah ” kata Aina dengan nada merajuk.
" Ala dik jangan lah merajuk nanti tak cantik lah adik abang ni. Lain kali lah abang teman ye. Nanti Abang belanja apa je yang adik nak, abang janji ” kata Aisar sambil mengangkat jari kelingking nya sebagai tanda janji.
" Betul ni? Janji? ” soal Aina.
" Ya janji ” jawab Aisar
Aina berseorangan dirumah kerana Mama dan Abahnya berjumpa rakan-rakan sekolahnya. Reunion katakan.
" Hmmm jawabnya memang kena keluar sorang sorang lah hari ni ” ujar Aina.
....
Farid mengerling jam tanganya yang sudah menunjukan jam12:30 tengah hari waktu untuk semua pekerja di office berehat dan lunch.
" Dah waktu lunch ni nak keluar sekejap lah cari makanan” kata Farid.
Lalu Farid menuju ke arah kereta dan memandu keretanya dengan laju.
...
Aina berjalan lalu menyedut Air Starbucks yang sudah dibelinya tadi sambil bermain telefon bimbit. Tiba-tiba, dia terlanggar seseorang di hadapanya..
" Hey!! lain kali tu jalan tengok depan bukan tengok handphone murah kau tu haishh!!!” Kata Farid dengan nada marah.
Baju Farid dibasahi dengan Air coffee mahal itu dan warna coklat air coffee itu kelihatan jelas di baju putih yang dipakai oleh Farid.
" Saya minta maaf encik, saya tak sengaja” kata Aina.
" Dengan kata maaf boleh mengubah apa apa ke ha?!!”kata Farid dengan nada sinis.
" Hey encik yang tak dikenali untung I minta maaf tau. Terima je lah dah takdir encik kena macam ni hari ni ”kata Aina.
" Eh kau ni dah buat salah ada je kan jawapan ” kata Farid geram.
" Kan saya diam nanti encik cakap saya tak de mulut pulak ” jawab Aina selamba.
" Ish kau ni kan!! ” kata Farid.
Lalu Farid mendapat idea ingin membalas balik perbuatan Aina. Botol di tangannya
dibuka lalu menyimbah air tersebut ke arah Aina.
" WOI main kasar nampak ” kata Aina dengan nada marah.
" Terima je lah dah takdir kau hari ni macam ni HAHAHA so fair kan ” ujar Farid dengan senyuman sinis.
Farid terus meninggalkan Aina disitu tanpa meminta maaf kepada Aina. Semua mata mata yang berada disitu melihat Aina yang sedang berdiri kaku. Lalu Aina terus menuju kearah keretanya dengan tidak membuat endah tentang orang disekelilingnya. Panas hatinya.
" Kurang ajar betul lah mamat ni haish!! Siap Kau kalau aku jumpa kau lagi memang aku kerjakan cukup cukup ishh geramnya!!! ” ujar Aina sendiri di dalam kereta dengan nada tidak puas hati kepada Farid.
Manakala Farid...
" Puas hati aku dapat balas balik. Kau nak lawan dengan aku ? Memang salah orang kau nak ajak main. Come on lah ni Farid Irsyad bin Dato Hisyam lah ” kata Farid.
Farid terus menuju ke arah pejabatnya kerana waktu lunch sudah habis.
Share this novel