Bab 6 - Betul Ke Lelaki Ni...

Humor Series 22909

Bab 6
Betul Ke Lelaki Ni Jenis Semangat Awal-awal Sahaja?

(Pengenalan)

Baiklah, betul ke lelaki ni jenis semangat awal-awal je tapi bila dah dapat,
diabaikan?

Perasan yang lelaki ni bila dah dapat awak, awak pun rasa terabai kan? Nampak kan? Tapi, betul ke benda ni?

My opinion? Aku tak kata salah. Betul la. Lelaki dia semua macam tu. Aku pun macam tu. Kalau ada peluang di masa lapang, pergilah tanya awek aku tu. Kadangkadang ada jer masa dia rasa terabai. Dan dia bagitahu aku, menceritakan perasaan ke”terabai”annya itu. Kau bayang sampai nak jumpa Kaunselor ha. Takut dah aku. Rasa macam aku ni dah jatuh sakit teruk betul sampai nak kena jumpa kaunselor bagai. This is a serious bussiness.

Siapa-siapa pun dalam perhubungan, dia akan berasa bosan jugak suatu hari nanti. Tak kisah la sekarang, 10 tahun kemudian ataupun 10 minit nanti. Kita pasti akan ada perasaan bosan, menyampah, meluat, sakit hati. Kadang-kadang tu, bila kita dah rasa macam tu, kita pun tak percaya kan kita ni pernah suka dia tahap gila-gila time tu. Tapi biasanya, perasaan tu tak lama. Bila perhubungan tu dah mula hangat balik, jadi la best balik.

Actually ada banyak peranan dan punca ianya jadi macam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience