Bab 4 - Perangai Lelaki

Humor Series 22909

Bab 4
Perangai Lelaki

(Bila dah mula perasan hensem: Bahagian 2)

“Ish, aku rasa macam menyesal la couple,”

“Apsal menyesal? Kau dah insaf ke? Kau dah sedar yang couple tu hukum dia haram?” ujar aku sambil senyum menyindir.

“Bukanlah!. Aku rasa macam, bila aku couple, rasa ramai awek yang rasa sedih untuk aku. Kira macam ada crush ke aku la. Macam pagi tadi, Ina. Kau kenal Ina tak?”

Ina. Siapa tak kenal. Antara contoh gadis yang menginterprasikan istilah gadis cantik dekat matrik ni. Hatta, lelaki gay pun boleh bantai bernafsu semula ke perempuan kalau tertengok dia. Inikan pulak kami yang memang lelaki normal ni. Ya, Ina cantik sungguh. Kalau diletakkan sebelah dengan Lisa Sughihani, mungkin si Lisa Sughihani tu dah boleh start nak apply kerja dekat mana-mana McD berhampiran.

“Kenal,” Jawab aku pendek. Mata aku masih disiplinkan menatap pada monitor komputer.

“Dia cakap dekat aku tadi “Oh, couple tak bagitau pun kan. Kecik hati” lepas tu aku

tanyalah apsal kecik hati? Dia tak jawab. Dia suka aku la tu,”

Aku senyum. Ni mesti ada setan pergi bantai tampal poster Shah Rukh Khan dekat cermin muka dia malam semalam ni. Tu yang dia ingat muka dia seiras dari segi kekacakkan ni.

“Tak boleh nak assume macam tu je. Mungkin dia saja-saja je nak tanya sebagai seorang rakan kelas. Cuba fikir tu positif sikit. Kau tu dulu punya pulun tau nak ke awek kau yang sekarang ni. Last-last bila dah dapat nak putus pulak. Tak molek la.

Awek kau yang sekarang ni pun cantik jugak apa,”

“Ish, tapi Ina ni lagi cun kot. Lagi satu, lepas couple, ramai pulak la gadis gadis macam cakap diorang kecewa la, apa la dekat aku,”

“Jadi?”

“Aku rasa aku dah makin hot la sekarang dekat matrik ni,”

Aku ingatkan dia bergurau dengan statement berani mati dia tu. Aku pun toleh la ke muka dia nak tunggu dia punya gelak atau apa-apa jenis ketawa. Hampa. Muka setegas guru disiplin yang nak rotan budak sekolah sebab kantoi merokok dalam tandas. Bahaya member aku ni. Karang esok mahu dia pakai spek mata hitam, jeans biru siap iron, kemeja sambil disisipkan bunga ros di poket masuk bilik kuliah karang.

Masak aku, masak.

Aku pause game. Ini benda serius. Aku menghadap dia.

“Kau kena faham. Kadang-kadang diorang saja je nak cakap macam tu. Gurau-gurau,”

“Tapi ni semua orang Mikael,”

“Ok-ok, ambik macam ni. Cuba kalau masa mula-mula kau bagitau kau couple, then aku cakap yang “Ish, apa la kau ni. Couple bukan nak bagitau aku” Ha, adakah bermakna aku suka serta minat ke kau?”

Kawan aku kerut dahi. Muka serious betul.

“Kau gay ke?”

Pang!

Sebuah pelempang hinggap dipipi kawan aku tu. Hadiah sebab bangang sangat.

“Ada kawan pun kawan jenis bangang!”

Aku menyesal. Rugi aku pause game tadi. Rugi. Aku pun sambung main game balik. Takpelah hari tu aku tak merasa kawan belanja.

Susah kalau kau ada kawan yang perasan handsome ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience