Bab 10 - Betul Ke Lelaki Ni...

Humor Series 22909

Bab 10
Betul Ke Lelaki Taknak Kahwin Dua?

(Tiga segi)

Chop Mikael! Chop Cocacola! Apa maksud yu yek berkemampuan dari tiga segi? Please bagitau ai Mikael! Ai nak halang pakwe ai dari berkemampuan dari tiga segi itu. Pleaseeee! Ai tak rela dimadu walaupun ramai yang dah kata bermadu itu manis! Ai alergik dengan madu! Alergik! Nanti badan bengkak-bengkak tak boleh nak pakai bikini bila mandi tepi pantai tak pun nak pakai baju nampak pusat. Pleaseeee!

Baiklah. Aku bagitau. Kau dah boleh berhenti bukak baju kau. Aku takkan tergoda. Tiga segi itu adalah:

Duit ada banyak nak mati. Setakat sarapan makan Frutti Tutti, tengahari makan Lobster, petang makan dekat Hotel Istana itu apa ada hal? Setakat nak belanja awek lagi, I mean isteri yang lagi satu, laaaaaaaaaaagi la apa ada hal?

Calon sudah ada. Rela jadi madu katanya. Plus, cornflakes madu merupakan makanan kegemarannya semenjak lahir. Maka, akibat daripada hendak menyambung ikatan yang suci murni itu, maka dia haruslah menjadi madu. Madu yang paling manis bagi kaum lelaki dan madu yang paling cilaka haram jadah bagi kaum wanita.

“Abang, kalau abang rasa nak kahwin lagi satu, abang kahwin la. Sayang tak sarka tau bang. Ini betul-betul punya. Sekali sekala nak juga merasa apa itu threesome. Err, maksud sayang boleh la nak berborak sama-sama ke apa ke. Takdelah bosan yedok?”

Tapi biasalah, hasrat “murni ke?” para lelaki ni terhenti apabila tiba dekat part ketiga itu. Mampukah anda menerima madu dengan sewenangnya?

Sekarang cakap senang, tapi aku rasa memang perempuan takkan bagi lansung perkara ni berlaku. Kalau boleh nak tentang keras sekeras kerasnya. Nak buat Rang undang-undang menentang. Nak buat rusuhan, perhimpunan haram meluahkan hasrat hati. Tapi apakan daya. Anda semua perempuan. Dan anda semua akan sentiasa berisiko untuk dimadukan. Kehkehkeh.

Anyway, aku baik. Setia pada yang sorang. Madu itu pahit. Tunggal itu indah.

Takkan cari lain. Kahwin itu adalah penamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience