Bab 9 - Betul Ke Lelaki Ni...

Humor Series 22909

Bab 9
Betul Ke Lelaki Taknak Kahwin Dua?

(Pengenalan)

Amaran : Petikan ini akan menyebabkan anda, si kaum hawa yang comel berasa butthurt, emo, mengamuk dan berasa curiga dengan kekasih sendiri. Jika anda mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang Taekwondo atau Silat Cekak Maut, saya merayu untuk anda berhenti dari meneruskan pembacaan. Kasihanilah kekasih anda. Kepada para lelaki, bergembiralah. Bergembira sambil berpura menafikannya okay. Berlakon kan dah memang kemahiran kaum kita.

Berkahwin itu indah. Seronok. Best. Super fun. Rasa macam kayangan itu kita saja yang punya. Malam, dapat merasa nikmat syurga dunia halal. Nak nafi apa lagi? Benda memang best.

Tetapi, kahwin ini menjadi celaka babi haram jadah bila suami tetiba tercakap keinginan nak bekahwin dua. *senyum*

Well, celaka babi haram jadah bagi perempuan je la. Bagi lelaki, sama macam tu jugak. Kahwin itu indah sekali lagi. Seronok sekali lagi. Best sekali lagi. Super fun sekali lagi. Rasa macam kayangan itu kita saja yang punya sekali lagi. Malam, dapat merasa nikmat syurga dunia halal berkali-kali lagi. Nak nafi apa lagi? Benda memang best sekali lagi. Mihmihmih.

“Waitdeminit En Mikael! Are you fuckin serious? I mean, pakwe I baik okayy. Dia setianakmati dengan I tau! I rasa kalau I mati pun, dia takkan kahwin lain kerana hendak menjaga cinta I dengan dia hokayh! U ni penipu besar! Penipu!! Penipu!!!!!!!!”

Rileks-rileks, tak payah jerit-jerit sambil koyakkan baju sendiri. Aurat tu. Let me explain ya para ladies. Dari mana korang baca pasal lelaki yang like you said before, setia nak mati ni? Dari mana? Novel? Filem? Drama Swasta Melayu? Korang ada tengok tak siapa penulis-penulis benda tu semua? Yes, mereka adalah lelaki. Ok, novel yang korang baca tu penulis dia perempuan. But believe me. She wrote those words based on who? Aku percaya ianya berdasarkan kata-kata manis lelaki jugak.

Lelaki perlahan-lahan meracun pemikiran anda kaum hawa agar anda semua percaya yang :

Ada lelaki yang setia nak mati takkan kahwin lain.

Ada lelaki yang menganggap kahwin lain selain dari awak adalah disaster tahap super.

Ada lelaki yang mengakui awak sahajalah permata hati saya.

Lelaki? Taknak kahwin? Lebih? Pehlease.

Percaya cakap aku, semua lelaki tidak akan sekali-kali menolak untuk berkahwin dua, tiga atau super empat andai dirinya berkemampuan dari tiga segi. Tanya la siapa-siapa pun hatta pakwe korang sendiri. Aku percaya akan hanya ada dua jenis reksi, Sama ada dia akan merenung anda dalam-dalam sambil berfikir apa

kejadahnyalah awek aku hari ni. Nak uji aku ke apa? Ni kalau aku salah jawab ni aku rasa aku akan kenal saat roh ditarik keluar ni. Tak pun, aku akan kenal erti chokeslam.

Atau,

Akan tersenyum sambil berkata “Mungkin”, tetapi akan dijawab dengan laju “Tapi, takkanlah I nak sebab I dah ada you yang I cinta sampai I mati,” apabila muka korang dah start masam masam sambil dalam hati dan kata “Sial punya Jantan kata mungkin ya. Sial! Sial! Sial!”

Hehehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience