Bab 8 - Betul Ke Lelaki Ni...

Humor Series 22909

Bab 8
Betul Ke Lelaki Ni Jenis Semanga Awal-awal Sahaja?

(Penyelesaian: Bahagian 1)


Lelaki ni sebenarnya macam getah jugak. Tarik kuat, putus. Tarik perlahan, akan jadi kendur, reput dan endup putus jugak. Lelaki kadang-kadang dia perlukan space. Bila? Tak boleh nak cakap secara specific bila. Tapi, korang tak boleh nak kongkong dia sangat. Dan sebenarnya kadang tu korang tak boleh kongkong dia lansung. Ish,macam berbelit pulak ayat aku ni.

Anggap macam ni.

Lelaki ni samalah macam nak melintas sebuah jambatan. Lelaki ni sekarang duduk dekat belah sini. Dan sebelah sana adalah sebuah ladang yang ada bermacammacam jenis dan saiz buah. Kalau korang tak bagi dia lintas jambatan tu, dia akan memberontak. Menjerit-jerit sambil dia mintak hak dia nak tengok buah kat ladang sebelah. Walhal, dekat ladang sendiri pun ada. Gatal nak tengok jugak yang ada dekat

ladang lain. Pakai baja lain katanya.

Tapi, kalau korang asyiklah bagi dia dengan bebas suka hati LaLaLaLa pergi jalan-jalan atas jambatan sampai dia sampai ke seberang sana, korang akan hilang dia.

Easy to say, just let him be on the bridge, tapi jangan dekat sangat dengan korang dan jangan dekat sangat dengan seberang sana. Just in the middle. Bagi dia main-main dekat tengah-tengah jabatan tu.

Lelaki ni ada satu keinginan nak tengok sangat benda-benda lain yang serupa jugak ada pada korang. (Jangan nak tanya benda apa boleh? Anggap la itu Ladang buah betik). Jadi benarkanlah dia pergi tengok, tapi sambil korang memerhati. Bila dia melampaui batas sampai nak pergi petik buahnya, bagitahu. Tegur dia. Kalau dia

sayang korang, tatkala ditegur tu, balik la dia semula kat korang. Tapi kalau tetiba dia melenting tak tentu pasal, nampak sangat dia ni jenis tak boleh terima nasihat. Dan nampak sangat korang ni cuma persinggahan sementara je. Kalau dia nampak ladang yang lagi best buahnya, Hi Hi Bye Bye la korang. Oh,anggap Jambatan tu adalah perhubungan korang. Dan tolong jangan anggap ladang itu dalam bentuk yang korang bayangkan itu semata.

Dan yang perempuan, aku bagitahu satu tips. Walau macamana kau sayang kan Kekasih hati pengarang jatung kau tu, sampai satu ketika tu cuba jual mahal sikit. Cuba acah-acah main tarik tali sikit. Biar dia pula kembali mengejar kamu seperti mana dia masa mula-mula nak dapatkan kamu. Hubungan tu pasti jadi hangat balik. Dalam perhubungan, kita tak boleh ada One Way Tickets yakni cuma seorang je yang main peranan.Yang sorang lagi,tunggu dan tadah je apa-apa yang jadi kat dia. Dua-dua kena main peranan mereka.Kalau rasa hubungan dah hambar sikit, cuba la cipta sikit suasana romantik macam dulu-dulu.

Mula-mula, mesti pakwe kau akan kata,

“Apa dah buang tabiat ke apa Awek aku nie?”

Bila dah lama dalam sebulan dua bulan camtu,cuba instantly berhenti buat benda-benda yang sebelum ni kau tak pernah buat.Sebagai contoh, try la setiap hari call dia dan say just a simple word. Tak payah panjang lebar. Contohnya,

“Hai sayang, i call u nie just nak cakap I Love U. Dah makan? Dah? Mmm, Ok. Nanti u kerja elok-elok ya. Bye sayang.”

Jangan la ayat sama je tetiap hari.Macam hafal dialog pulak nanti. Maksud aku, call dia tu tetiap pagi ke. Kalau dapat buat masa yang tetap lagi cantik. Macam pada pukul 8 setiap pagi ke. Dan, bila dah lama-lama tu,mesti dia akan rasa macam, “Haduihh, kejap lagi awek aku nie nak call la ni”

Rilek jangan takut. Bila dah buat dalam satu bulan, cuba satu hari tetiba korang tak call dia. Korang tengok, dia perasan ke tak kehadiran korang. Korang akan nampak masa tu betapa penting dan besarnya impak korang dalam hidup dia. Dan selalunya yang bakal berlaku selepas itu adalah ,dia pulak akan meng”call ” kamu dan bertanya;

“Kenapa tak call hari ni? Busy?”

Macam ni lah bermain tarik tali yang aku maksudkan. Ini pun boleh dikatakan kejam but, yarr. Something should be done in ur relationship if you want it to become

the best. Its not one way ticket. Aku ulang. NOT ONE WAY TICKETS.

Takpun kalau korang malas sangat nak buat tips yang aku bagi ni, ada je cara paling senang,

…bagi je pakwe korang couple lagi satu. Senang. Kitorang kaum Adam dapat kekasih baru, korang dapat kasih sayangnya semula. Win-win situation.

Hiks.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience