Bab 1 - Cara Mengenal Perfect Man...

Humor Series 22909

Bab 1
Cara Mengenal Perfect Man Dalam Kalangan Lelaki

(Pengenalan)

Nak tahu sesuatu tak? There is no such thing as perfect man.

Perfect Man? Hak tuih.

Believe me, there is no such thing as a Perfect Man. Dia macam haiwan legendary. Mitos. Dongeng kanak-kanak. Heck, kalau kita tengok dongeng kanakkanak macam Snow White contohnya, kita rasa macam Putera dia sempurna kan sebab dah la hensem, kaya malah sanggup menggadaikan nyawa untuk cari balik si Snow White tu yang sesat dalam hutan kerana dilepaskan oleh pembunuh.

Tapi, ada satu benda yang korang tak nampak dan patut persoalkan. Mengapa

Putera tu sanggup buat sampai ke tahap itu.

Cinta?

Ada la mainkan peranan sikit. Bagi aku, sebab yang lebih tepat adalah kerana si Snow White ni cantik. I mean, cantik sangat-sangat. So, that explain a lot mengapa dia sanggup bersusah payah meredah hutan belantara just to get married with her and senggama afterward. And that also explain why at the end of story, dia cuma kata “And they live happily ever after” tanpa hendak menyambung cerita selepas itu. Why?

Because reality start to take place there. And reality sucks.

*******

Aku bukan lah dah kaji semua lelaki dalam alam fana ni dengan cara membanci seorang demi seorang sehingga mencapai sejuta empat orang dan aku analisis menggunakan teknologi Microsoft Excel yang aku tak faham lansung cara membuat graf sehingga sekarang dan kemudian aku dapatkan pengesahan Profesor dari UKM mengenai status kebenarannya bagi kajian aku itu bagi mendapatkan royalti oleh kerajaan kerana dimasukkan kedalam silibus baru sama ada dalam Sekolah ataupun Universiti.

Tapi percaya cakap aku, memang tiada, none, zero, tidak wujud Perfect Man dalam dunia ni. Kalau dia handsome, kadang-kadang tak kaya. Kalau dia kaya, kadang-kadang tak handsome, Kalau dia kaya dan handsome, kadang-kadang Gay pulak. Maaf kerana menghampakan kalian.

Itu cuma realiti yang perlu kau hadam dulu sebelum kita bergerak ke hakikat seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience