Bab 3 - Perangai Lelaki

Humor Series 22909

Bab 3
Perangai Lelaki

(Bila dah mula perasan hensem: Bahagian 1)


Masa aku dekat matrik dulu, aku selalu berlatih main DotA dekat bilik. Time tu kira macam baru lepas kena sengat dia la. Tapi, aku takde power sangat berbanding dengan rakan-rakan aku yang lain.

Seperti biasa, hari ni hari Sabtu tapi aku sudah terjaga dari tidur. Aku tengok jam awal lagi ni. Bantal pun nampaknya memujuk manja.

“Ahh, taknak la,” aku menolak manja.

Cukuplah tu kita beradu sungguh malam tadi. Malam nanti, kita sambung ya. Jelas kelihatan bantal hampa. Merajuk la tu. Entah apa-apa.

Bangun saja dari katil, laptop kesayangan dibuka. Sarapan pagi hari ni dengan DotA je la. Semalam pakai Balanar macam kacak je cara permainan. Kali ni, aku nak try

Ursa Warriors pulak. Tengah nak start game, tiba-tiba masuk seorang kawan.

“Wah, bangun-bangun terus main DotA ke?” perli kawan aku tu.

“Lagi elok dari bangun-bangun terus hisap rokok, layan blue. Kan?” aku senyum. Perli dia balik.

“Babi kau…weh, aku ada masalah ni,”

“Apa?” sambil tangan masih dekat mouse, keyboard, mata memandang monitor. Dalam hati, nak je balas,

“Sedara, saya tengah sibuk main game ni sedara. Esok datang balik boleh tak sedara? Buat appointment dulu ke,”

Tapi, kalau aku khaborkan macam tu nanti, kecik hati pulak dia. Dah takde siapa nak belanja aku makan tengah hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience