BAB 1

Romance Completed 7439

Kumpulan Gorgeous Babe vs Kumpulan Nerd Dun Care! …

Hari yang sungguh indah, memang sempurna dengan sinaran mentari yang menerangi alam. Persekitaran di Lavender High School tampak tenang.

Namun siapa tahu, bagaimana bergolaknya komunikasi antara dua kumpulan yang paling berpengaruh di sekolah berkenaan. Biarlah cerita ini bermula dengan pengenalan terhadap dua golongan yang sentiasa bertelagah serta satu kumpulan yang terletak di antara kedua-duanya…

Gorgeous Babe:

Kumpulan ini dianggotai oleh mana-mana sahaja gadis yang mementingkan kecantikan. Pandai berfesyen adalah keutamaan mereka. Tidak begitu hebat dalam pelajaran, namun aktif dalam bidang kokurikulum.

Biasanya mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian dalam penglibatan pasukan sorak.

Menonjolkan sifat lemah lembut, manja dan lincah sebagai aset untuk disanjungi. Secara amnya, kategori ini dimonopoli oleh gadis-gadis yang memiliki susuk tubuh seksi dan terlalu obsess untuk kelihatan popular.

Menggantikan ketidakcemerlangan dalam pelajaran dengan kehebatan bersorak. Penerajunya adalah Natalia. Memiliki pasukan sorak yang diberi nama Gadis Matahari.

Nerd Dun Care!:

Diketuai oleh ketua pengawas bernama Chaz bersama tiga lagi rakan karibnya iaitu Met, Leo dan Din. Mereka hanya mementingkan pelajaran, penampilan yang segak dan kemas.

Suka menonjolkan diri apabila terdapatnya penganjuran aktiviti yang berkaitan dengan ilmu. Ulat buku, tempat yang paling disukai adalah perpustakaan. Memusuhi ahli pasukan sorak Gadis Matahari.

Mereka hanya sibuk bergelumang dengan kertas ujian, latihan dan ulangkaji selama tiga jam sehari. Amat pantang diganggu oleh sorakan Gadis Matahari. Tidak hairanlah jika dua ketuanya saling bertelagah.

Tak Kisah…

Adalah golongan yang terletak di antara dua kumpulan utama tadi. Mereka yang berada dalam kelompok ini biasanya berfikiran terbuka, dan menerima pengaruh yang dibawa oleh Gorgeous Babe dan Nerd Dun Care! dengan seimbang dan memandang segalanya dari sudut yang positif.

Berpenampilan yang santai, dinaungi oleh pelajar lelaki dan perempuan secara sama rata. Mengambil langkah bersikap selamba, serta berkecuali sekiranya berlaku sebarang pergaduhan yang melibatkan dua kumpulan utama tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience