BAB 6

Romance Completed 7439

Gadis Matahari,

Natalia

Terlepas kertas itu daripada pegangannya. Chaz ketap bibir. Dia cuba mengawal pernafasan. Sebagai langkah untuk bertenang.

“Aku tertekan! Tidak!” Jeritnya tanpa dapat ditahan-tahan.

“Kalau betul kau ada kat sini, keluar! Aku tak takut!” Bentaknya sambil merenyukkan kertas tadi.

“Hai!” Serentak dengan ucapan itu, Natalia memunculkan dirinya di hadapan Chaz. Seperti yang dijangka, jejaka ini pengsan. Natalia menggeleng-geleng kepala. Gadis ini mengerahkan kudratnya untuk mendudukkan Chaz di atas kerusi, kemudian kedua belah tangan Chaz diletakkan ke atas meja. Kepala jejaka itu dilentukkan di atas tangannya. Biar Chaz kelihatan bagai tertidur kerana asyik mengulang kaji pelajaran.

“Bilalah kau nak berani, kan aku Natalia. Bukannya hantu. Kau sepatutnya bangga sebab dapat tolong aku,” bicara gadis itu sambil menanggalkan beg galas yang masih melekat di bahu Chaz. Dia membelek buku latihan jejaka itu, kemasnya tulisan. Setiap latihan yang dibuat, semua betul. Patutlah setiap kali periksa, dapat keputusan cemerlang. Dia mengagumi kebijaksanaan Chaz. Namun bagi Natalia, Gadis Matahari adalah sebahagian daripada dirinya. Dia terlalui mencintai pasukan sorak.

Lama kelamaan, Chaz dapat menerima kehadiran Natalia yang sering mengganggu keamanannya. Bila dia tekun mengulangkaji pelajaran, gadis ini akan menyanyi-nyanyi. Nakal betul. Dan dia ingin sangat mengetahui kebenaran di sebalik kemalangan yang menimpa Natalia dua bulan lalu. Kini mereka sudah boleh bergurau mesra, melupakan sengketa yang melanda Nerd Dun Care! dengan Gadis Matahari. Natalia hanya menjelma apabila dia bersendirian. Seperti sekarang, dia sedang berbaring di dalam bilik sambil mendengar lagu.

“Woit!” Usik Natalia. Gadis itu menanggalkan earphone yang terlekap di telinga Chaz. Jejaka ini sekadar tersenyum.

“Macam mana penyiasatan kau hari ni? Berjaya? Nak aku tolong?” Soal Chaz tak sabar. Kelmarin Natalia meluahkan hasrat untuk menjejaki seorang demi seorang Gadis Matahari untuk mengesan kelainan tingkah laku mereka. Dan semalam gadis itu menghilang tanpa khabar berita, hari ini muncul pula sewaktu dia sedang beristirahat mententeramkan fikiran.

“Aku tak tahu betul ke tak apa yang aku jumpa. Aku takut, Chaz,” kendur nada Natalia. Chaz jungkit kening.

“Maksud kau? Apa yang nak ditakutkan? Bukan kau yang bersalah,”

kata-kata Chaz mengembalikan semangat gadis itu. Kini, hanya pada Chaz dapat dia luahkan segala kesedihan yang bersarang di hati.

“Hani… Aku ikut dia daripada kelas, sampai waktu latihan. Dia dah jadi ketua sekarang. Semua Gadis Matahari kena ikut cakap dia,” diam. Mendung terlukis pada wajah Natalia.

“Ke kau cemburu?” usik Chaz pula. Natalia gigit bibir.

“Ini bukan masalah cemburu, Chaz. Aku terjumpa kasut aku dalam almari dia,” Chaz terpempan.

“Apa yang dia buat dengan kasut kau?” wajah Chaz mula serius. Dia tak senang duduk memikirkan segala kemungkinan. Hani, gadis yang kelihatan lemah lembut dan sopan itu? Takkan menyimpan muslihat terhadap kawan baik sendiri?

”Kan aku cakap, kasut aku licin. Aku rasa ada orang sapu minyak kat tapak kasut tu. Tapi apa motifnya Hani nak simpan? Sepatutnya dia boleh pulangkan pada keluarga aku,” Natalia semakin bingung. Dia memandang wajah Chaz mengharapkan pengertian.

“Melainkan kalau dia yang rancang semua tu,” spontan ayat itu meniti di bibir Chaz. Mereka tergamam. Saling berpandangan.

“Tu yang aku takut,” gugup suara Natalia.

“Takpe. Kau serahkan semua pada aku. Biar otak geliga Nerd Dun Care! buat siasatan. Tapi aku nak mintak tolong seperkara dengan kau,” penuh yakin Chaz bersuara. Seketika kemudian, dia membisikkan sesuatu ke telinga Natalia. Gadis itu mengenyitkan mata tanda setuju. Dia akan menghimpunkan tiga lagi sahabat karibnya secepat mungkin. Jika mereka enggan pun, dia akan berusaha sendiri. Lebih baik bertindak daripada melangut tanpa melakukan apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience