BAB 2

Romance Completed 7439

Sengketa Chaz dan Natalia…

Chaz menahan degup jantung yang sememangnya kencang daripada tadi. Dia menggenggam penumbuk. Menahan amarah dengan penuh kesabaran. Cermin mata yang dipakai diletakkan ke atas meja. Berombak dadanya menghela nafas.

“Aku dah tak dapat bersabar lagi! Aku tertekan!” Teriak jejaka itu sambil meluru ke arah padang. Terlalu kuat lagu yang dipasang oleh Gadis Matahari. Sehingga mengganggu perhatian mereka yang tengah mengulangkaji.

“Hei! Sila hormat pada orang yang nak belajar. Korang ni nak terloncat-loncat ke, berjentat macam ulat nangka ke pergi jauh sikit,” sinis nada Chaz. Natalia menjungkit kening. Jejaka itu dipandang dari atas ke bawah. Bercermin mata bingkai separuh, rambut pendek kemas, tali leher yang rapi dan kasut berkilat. Dengan penampilan macam ulat bulu, hidup berkepit dengan buku memang menakutkan betul! Siapalah nak dekat dengan golongan Nerd Dun Care!? Dia sendiri ngeri.

“Ehemm…,” selamba Natalia berdehem. Dia tampil untuk berdepan dengan Chaz. Dengan berani menentang pandangan mata pelajar paling bijak di sekolah mereka. Tetapi dia tak hairan itu semua, masalahnya sekarang lelaki ni tak pandai nak hormat orang. Dia suka ikut kepala sendiri, untuk tentukan apa yang patut atau tidak. Dan Natalia takkan benarkan sikap Chaz menggoyahkan semangat ahli Gadis Matahari yang lain.

“Tempat kau kan dalam perpustakaan, buat apa nak menyemak kat sini. Pergi baca buku sudah. Aku dengan geng aku nak berlatih, ikut sukalah,” Chaz ketap bibir. Mengada sungguh lagak Natalia di matanya.

“Lagu tu kuat gila, ganggu kitorang nak belajar,” Natalia menjelingnya.

“Kalau lagu ni ada masalah, okey aku perlahankan,” Chaz berlalu dari situ setelah berpuas hati dengan tindakan gadis itu memperlahankan suara lagu Girlfriend, nyanyian Avril Lavigne.

Tetapi itu semua sekejap sahaja. Sekembalinya Chaz ke perpustakaan, gadis itu menguatkan lagu lebih daripada tadi. Dan mereka berlatih sorak dengan penuh bangga. Tambah bermakna, dapat mengenakan manusia seperti Chaz. Dan jejaka itu, menghentak meja dengan penumbuknya. Met dan rakan-rakan yang lain tercengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience